Amerika Syarikat: Tular sebuah video memaparkan lelaki warga emas melamar wanita yang diminatinya sejak di bangku sekolah, Nancy Gambell, selepas 60 tahun. Menerusi laporan India.Com, difahamkan Dr Thomas McMeekin, 78, menunggu ketibaan teman wanitanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa.
Beberapa ketika kemudian apabila Nancy tiba dan berjalan ke arahnya, wajah McMeekin serta merta tersenyum dan berubah menjadi ceria. Selepas kedua-duanya berpelukan, McMeekin meminta kekasihnya untuk duduk dan memberikannya sejambak mawar merah. Dia kemudian melutut sambil membacakan ucapan menyentuh hati dan mengakhirinya dengan lamaran. Nancy dengan gembira memberikan jawapan 'ya' pada lamaran tersebut dan orang awam yang berada di sekeliling pasangan berkenaan turut bertepuk tangan meraikan mereka. Sumber: mStar
|
anony-mous: Alah comelnya. Doesnt matter h ...
anony-mous replied at 11-7-2023 05:22 PM
Alah comelnya. Doesnt matter how long it takes. Thats why i rasa masa remaja tu x semua cinta monyet ...
TomyamPuteh replied at 11-7-2023 07:34 PM
Lelaki ni selagi dia boleh angkat hujung ibu jari tu selagi tu la dia ada nafsu.
jazaa100 replied at 11-7-2023 07:40 PM
Knp akak tak de crush pun masa remaja....
Semua boys yg akak tgok tak menyelerakn.....
ADVERTISEMENT