BALING – Pengunjung diminta peka dan berwaspada dengan keadaan sekeliling sekiranya mahu mandi di Sungai Ketil, di sini ekoran terdapat kawasan sungai itu yang dalam, berbatu selain arus berpusar.
Penduduk Kampung Lubuk Pedati, Razali Hanapiah berkata, apabila hari hujan, air sungai berkenaan agak deras dan tidak sesuai untuk aktiviti air. Katanya, kejadian lemas membabitkan bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan pada Sabtu lalu sangat mengejutkan penduduk di situ. “Keadaan arus sungai agak deras, keruh pada hari kejadian kerana hujan lebat pada malam sebelumnya. Bukan kita menghalang pengunjung ke sini untuk beriadah tetapi perlu tengok pada kesesuaian waktu dan keadaan sungai. “Kebanyakan orang luar yang datang ke sini tidak tahu kawasan sungai itu airnya dalam, arus berpusar, berbatu dan jeram, tambahan pula apabila hari hujan airnya agak deras sekali gus tidak sesuai untuk aktiviti air,” katanya.
Tambahnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan selain tidak ambil mudah dan terlalu ghairah bermain air sekiranya ingin beriadah di kawasan sungai itu. Menurutnya, sewajarnya tidak libatkan anak-anak dengan aktiviti air tanpa memakai jaket keselamatan. Seorang penduduk dikenali Suhaimi, 40, berkata, lokasi kejadian itu juga tersimpan cerita misteri yang dikatakan terdapat batu besar dengan di bawahnya terdapat satu lubang dalam. Kosmo! kelmarin melaporkan keseronokan sebuah keluarga menghabiskan cuti hujung minggu di Sungai Ketil, Lubuk Pedati berakhir tragedi apabila bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas. Keluarga berkenaan ke lokasi itu untuk berkelah dan bayi tersebut dihanyutkan arus apabila pelampung dinaiki terbalik selepas tersangkut pada ranting pokok buluh. -CARI Sumber: Kosmo
|
Seorang penduduk dikenali Suhaimi, 40, berkata, lokasi kejadian itu juga tersimpan cerita misteri yang dikatakan terdapat batu besar dengan di bawahnya terdapat satu lubang dalam.
airfilterkotor replied at 11-7-2023 10:02 AM
Apakah kaitannya dengan insiden?
kuzaime replied at 11-7-2023 09:47 AM
Bukan semua, tapi kebanyakan kes2 lemas sungai @ laut, rata2 dari pengunjung luar kawasan kejadian t ...
laksmanabentan replied at 11-7-2023 10:01 AM
Ya Allah... da kenapa bayi setahun 7 bulan di ajak naik rakit dengan arus deras camtu.... ishhhh.... ...
apech replied at 12-7-2023 08:51 AM
Kalau tak deras pun, tak patut pun di bawak. Setahun 7 bulan baru. Bila besar budak tu bukan blh i ...
ADVERTISEMENT