CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Lantang Sokong PH Tadbir Selangor, "Kalau PAS Ambik Alih Selangor Memang Masalah Air Akan Hilang Sebab Air Pun Hilang"

11-7-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1367| Komen: 34

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, penduduk di enam negeri terlibat khususnya di Selangor sudah mula tampil dengan sokongan terhadap parti masing-masing.

Pakatan Harapan (PH) yang sudah mula mengambil alih Selangor sejak 2008 sehingga kini masih mendapat kepercayaan rakyat yang melihat parti itu sebagai pilihan terbaik hingga ke hari ini.


Di Twitter, tular video memaparkan seorang wanita yang kekal mempertaruhkan kepercayaan penuh terhadap PH pada PRN nanti.

Foto: Majoriti

Optimis dengan kemampuan parti 'bulan sabit' itu di Selangor, individu berkenaan turut mempertikaikan potensi parti lain yang dikatakan cuba untuk merebut kuasa di negeri terbabit.

Antara perkara yang dikupas oleh wanita itu adalah berkenaan isu air yang telah melanda di Selangor sejak sekian lamanya di bawah pemerintahan parti tersebut.

Akur dengan kemelut air yang kerap berlaku selama ini, gadis tersebut walau bagaimanapun masih berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah berkenaan.


"Masalah air di Selangor ini hanya berlaku sekali-sekala bukannya isu harian, punca utama mesti antara pencemaran ataupun masalah perindustrian.

"Tapi saya rasa kalau PAS ambik alih Selangor memang masalah air akan hilang sebab air pun hilang," ujarnya dengan sinis.


Dalam pada itu, gadis terbabit juga turut mempertikaikan kenyataan Menteri Besar Kedah yang mendakwa negeri terbabit akan menjadi lebih maju sekiranya memiliki Kuala Lumpur.

Namun, dia sekali lagi meluahkan keraguannya dengan mengaitkan beberapa kemajuan mampu dicapai di negeri lain dengan pembangunan serta industri import dan eksport yang dijalankan.

Untuk rekod, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini menyatakan keyakinannya Kedah mampu menjadi negeri paling maju sekiranya ibu negara Kuala Lumpur berada berhampiran mereka.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, Selangor tidak boleh dijadikan model negeri PH paling berjaya hanya kerana kebijaksanaan pimpinannya memerintah.

Sebaliknya, beliau berkata, Selangor hanya menumpang tuah Kuala Lumpur.

Di akhir ucapannya, gadis berkenaan juga memetik parti PAS sebagai kerajaan yang gagal berikutan kemunduran di dua negeri jajahannya iaitu Kelantan dan Terengganu. —CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 11-7-2023 11:35 AM
Dah memang betul pun ngkaw menumpang tuah KL. Even klo weols yang non Klites neh tak minat nak datang pun kena datang gak ke KL sebab semua kaw tumpukan ke situ. Kalau jadi perang, tak ker susah bodoH!
Quote OshinDaSolja 11-7-2023 04:56 PM
Orang Selangor masih fobia dgn Khir Toyo agaknya sbb tu kuat PH... tapi apa salahnya bg peluang dekat Pas Selangor... Pas Kelantan mungkin lain style dia tak boleh nak samakan dgn mentaliti Selangor... for iollz menteri besar Selangor yg ok adalah arwah Khalid Ibrahim... MB yg sekarang ni ok jugak la tp iollz tak minat sebab dia bukan anak jati Selangor...
Quote kakikuDibibirmu 11-7-2023 04:58 PM
TEHTARIKKELANTAN_copy_1024x1403.jpg
Quote zamzam 11-7-2023 04:59 PM
OshinDaSolja replied at 11-7-2023 04:56 PM
Orang Selangor masih fobia dgn Khir Toyo agaknya sbb tu kuat PH... tapi apa salahnya bg peluang deka ...

Punyalah gah Selangor sebagai negeri termaju tp xder sorang umat Selangor layak jd mb? Kesiannya org Selangor tak reti urus negeri sendiri... ..haha
Quote kelapaparut 11-7-2023 05:10 PM
yg ni ke yg ustat pas kate musuh2 Allah ni.
Quote Selubung 11-7-2023 05:14 PM
Tp sis teringin nak tgk pas pulak memerintah.. sama je ke atau makin hampas
Quote rosedemon 12-7-2023 08:21 AM
walaunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote Simunggu 12-7-2023 08:32 AM
sokong UMNO lah balik....buang PH & PN
Quote Coklatpanas 12-7-2023 09:19 AM

Alhamdulillah Air paip kat umah i jernih dan tak pernah berlaku masalah ketiadaan air. Bukan semua tempat kat kelantan yang mengalami masalah tu
Quote rospinki 12-7-2023 09:24 AM
Moga PAS meney. Isley meney. Dak2 bbnu mmng ungdi ph sabit otak bodo lagi. Tapi insyaallah bodo takle gi jauh duk takat tu jah..mengendeg menyentil celah2 macai.
Quote kucingitam 12-7-2023 09:30 AM
nak pas meney kenolah sskjp yang kat shah aley & sgor tukar tpt mengundi ke sgor.. ni tidak,  mengundi di kampung, nok bagi pas meney di klate..lepas ngundi balik smula selangor/kl..nikmati kemajuan negeri2 itu... org kg sendiri susoh demi isley tercinto..
Quote cmf_acura 12-7-2023 09:42 AM
kucingitam replied at 12-7-2023 09:30 AM
nak pas meney kenolah sskjp yang kat shah aley & sgor tukar tpt mengundi ke sgor.. ni tidak,  mengun ...

Susah.. hahahha.. Rasanya kg aku kat kelantan lagi maju dari tempau ko...
Quote kucingitam 12-7-2023 09:44 AM
cmf_acura replied at 12-7-2023 09:42 AM
Susah.. hahahha.. Rasanya kg aku kat kelantan lagi maju dari tempau ko...

kelate still kelate..aku org kl der.. maju namatey sampai nak parking pun susah..blerghhh...
Quote Decaffeinated 12-7-2023 09:47 AM
OshinDaSolja replied at 11-7-2023 04:56 PM
Orang Selangor masih fobia dgn Khir Toyo agaknya sbb tu kuat PH... tapi apa salahnya bg peluang deka ...

MB sekarang orang mana?
Quote Decaffeinated 12-7-2023 09:52 AM
zamzam replied at 11-7-2023 04:59 PM
Punyalah gah Selangor sebagai negeri termaju tp xder sorang umat Selangor layak jd mb? Kesiannya o ...

Mentaliti anak jati ni sesuai negeri mundur dan terus mundur. Negeri2 maju macam Selangor dan Penang tak pandang pun orang tu lahir dari mana yang penting boleh mentadbir dgn baik.
Quote kitmal 12-7-2023 10:09 AM
Hak masing masing..tapi tengok evidence....faham fahamlah
Quote ibu_haritz 12-7-2023 10:24 AM

Kalau tak silap dari Johor
Quote K_Lily 12-7-2023 10:24 AM

orang Johor
Quote mojarean_X 12-7-2023 10:29 AM
Simunggu replied at 12-7-2023 08:32 AM
sokong UMNO lah balik....buang PH & PN

Kena tunggu wak zahid turun lah gamaknya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057553 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top