Baru-baru ini, KKM memuat naik satu hantaran tentang buku rekod kehamilan ibu hamil untuk mencatat rekod kesihatan golongan tersebut dan ia boleh dirujuk semula jika terdapat sebarang kes kecemasan.
Di sebalik pelbagai respons yang diterima oleh pihak tersebut, terdapat segelintir pengguna media sosial yang menggesa KKM untuk menukar penggunaan buku rekod kehamilan daripada buku fizikal kepada bentuk digital. "Patutnya dah 2023 ini buku pink ini harus pupus sudah dan semua rekod patut didigitalkan. Slow KKM ini," ciap @aprilishx. Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa orang mengatakan buku rekod tersebut mulai rosak kerana terlalu kerap digunakan setiap kali janji temu dengan pihak klinik atau hospital. "Buku pink saya hampir hancur setiap kali check up (kerana) stapler nombor (giliran)," ciap @_Shrnaa. Filename : shutterstock_11.f8037084006.original.jpg - To go with
Penggunaan buku rekod kehamilan boleh digunakan untuk sebagai rujukan doktor jika ada sebarang kes-kes berkaitan ibu mengandung berdasarkan rekod kesihatan mereka. — Gambar hiasan/Agensi "Kasihan tengok jururawat klinik kesihatan (KK) penat nak tulis banyak-banyak, lepas itu belek satu-satu tengok balik takut ada yang missed out," ciap @bearyblossom. Bagaimanapun, masih terdapat segelintir pihak yang beranggapan penggunaan buku rekod secara fizikal itu kekal relevan kerana ia memudahkan pemilik buku tersebut, selain terdapat isu capaian internet terutama di kawasan luar bandar. "Mungkin sebab masih tidak praktikal untuk kawasan yang tiada atau kurang akses internet. "Ada yang duduk bandar tapi bersalin di kampung atau sebaliknya. Masih perlu ada rekod hardcopy juga," ciap @jules12anne. "Setuju untuk digitalize tapi non-digital tetap kena ada sebagai backup at least untuk beberapa rekod penting (high risk case) sebab rekod kesihatan ibu dan anak antara yang medicolegal. Kalau semua kita digitalize tapi tiba-tiba sistem corrupt , rekod non-digital boleh membantu," ciap @m_zzza. Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa KKM mungkin sedang bergerak ke arah mendigitalkan buku rekod kehamilan itu, namun tiada peruntukan untuk melaksanakan perkara tersebut. "Duit ada semua jalan saja. Contoh zaman Covid-19 ada aplikasi MySejahtera, vaksin semua cepat sahaja satu Malaysia boleh buat kerana apa? Sebab ada dana ada duit. "Negara kita tiada duit, cut cost sana sini untuk jimat," ciap @MrAklil. -CARI Sumber: Majoriti
|
pembacagosip replied at 11-7-2023 10:12 AM
walaupun ada soft copy, hard copy tetap kena ada dikkk
utk rekod n simpanan
ko jgn easy je semedang
ADVERTISEMENT