CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konvoi Besar Mat Rempit Kemalangan Di Lekas, Orang Awam Langsung Tak Simpati "Hidup Menyusahkan Orang"

11-7-2023 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4512| Komen: 62

Sebuah kumpulan besar mat rempit dikesan menunggang secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dalam satu kejadian dipercayai berlaku di di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada Isnin.

Kejadian tersebut dirakam menerusi beberapa video tular di sosial media sejak Selasa.

Menerusi siri klip tersebut, kumpulan itu dilihat melakukan perjalanan secara berkonvoi sebelum terlibat dalam kemalangan yang didapati turut membabitkan sebuah kenderaan berada di lorong kanan lebuh raya tersebut.



Beberapa rakaman yang tular itu juga menunjukkan beberapa orang mangsa terbaring di atas jalan dan mengalami kecederaan sambil diberikan pertolongan oleh beberapa penunggang mootosikal lain dan orang awam.

"Ayah encik nama apa, ingat tak?" soal salah seorang individu yang tampil membantu mangsa yang terbaring di atas jalan dan tidak mampu bergerak kerana mengalami kecederaan.


Dalam pada itu, rata-rata daripada warganet melahirkan kemarahan mereka terhadap kumpulan tersebut yang disifatkan hanya membahayakan pengguna jalan raya lain.

Malah kebanyakan mereka juga kehilangan rasa simpati terhadap kumpulan penunggang terbabit yang dilihat tidak serik membahayakan nyawa sendiri.


"Simpati saya hanya pada mangsa pengguna jalan raya lain. jika mereka cedera sesama mereka. I'm fine. Saya dah lihat ramai yang tak bersalah jadi mangsa," tulis faezahana.

"Hidup menyusahkan orang. Dah boleh pertimbangkan, tepi lebuh raya tu buat kubur, sediakan tempat untuk tanam. Kalau meninggal dunia sebab berlumba menyusahkan orang macam ni, terus terus masuk dalam kubur," kata azmieydaud.

"Mari aku teka punca kemalangan. Satu, kereta tak bagi signal tukar lorong. Dua, kereta brek mengejut. Tiga, jalan tak ikut spec litar lumba. Empat, memang tak pernah salah dia," ujar Rowdyman5661 dengan nada sinis.

Setakat laporan ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut.-CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 11-7-2023 11:27 AM
wah keta tu tekan 140


bergelimpangan
Quote sufi^_^ 11-7-2023 11:32 AM
Lepas tu nanti mat rempit yang survive akan mengiringi jenazah mat rempit yang tewas, buat video tiktok lagu sedih pilu, dengan caption:

Kematian yang dicemburui, ramai yang datang solat & ziarah jenazah kawan kita ni, hari pun mendung gerimis macam alam pun sedih dengan pemergian dia. Tenanglah di sana.

hahaha.
Quote Buritan 11-7-2023 12:00 PM
Eloklaa mampus pun..
Quote mizruncing 11-7-2023 12:04 PM
tak serik ehhh. kalau aku jd driver ambulans mmg buat lambat2 je dtg. korang yg merempit pas tu dah bersepah menyusahkan org sekeliling. rempit sejati sangatttt
Quote Skuau 11-7-2023 12:05 PM
mizruncing replied at 11-7-2023 12:04 PM
tak serik ehhh. kalau aku jd driver ambulans mmg buat lambat2 je dtg. korang yg merempit pas tu dah  ...

kan...cari mana jln yg 'jam' giler...
Quote Skuau 11-7-2023 12:07 PM
Buritan replied at 11-7-2023 12:00 PM
Eloklaa mampus pun..

boleh la sapa niaga kain kapan & batu nisan..cari makan dgn 'orng yg berperangai spt ini'....
Quote airfilterkotor 11-7-2023 12:10 PM
Moto modi kemain beribu henggek.
Makeup tak usah citer, dah macam motor berhias boleh bawak masuk raptai Merdeka.
Pendekata, hobi kami mahal bang.

Tang helmet, kau pakai MS88 dekkk. Tu dalam vids hat kaler biru baldi tu.
Quote Buritan 11-7-2023 12:10 PM
Skuau replied at 11-7-2023 12:07 PM
boleh la sapa niaga kain kapan & batu nisan..cari makan dgn 'orng yg berperangai spt ini'....

Hahaha pas tuu tak berbayo buat rugi jahh.. depa ni balut dgn sokhabar lama jahh.. pas tuu tolak dlm lubang reramai.. nyusahkan aje..
Quote BartholomewKuma 11-7-2023 12:11 PM
Mampuih pun tak pa aihhh
Quote ifanonline 11-7-2023 12:14 PM
mat rempit ni mcm mat pet...akan sentiasa tiada kesudahan...lepas sorang mati, akan ada sorang lagi yg idup
Quote elzy 11-7-2023 12:39 PM
Mana tak marah, masa bermaharajalela atas jalanraya bukan kisah orang lain pun..
Bila accident nak orang lain kisah kat diaorang.. Kadang mereka jadi punca kemalangan..
Sorry to say, sendiri cari masalah.
Quote otai_g 11-7-2023 12:44 PM
Hantar lokap je pelumba haram ni semua. Br ada akal
Quote Skuau 11-7-2023 12:49 PM
ifanonline replied at 11-7-2023 12:14 PM
mat rempit ni mcm mat pet...akan sentiasa tiada kesudahan...lepas sorang mati, akan ada sorang lagi  ...

sb tu..falsafah drng...'sehidup semati'@sorang mati,sorang lg(naik)idup.....
Quote JunkMail 11-7-2023 01:14 PM
Sikit lagi nak kena lenggek kete..  mati pun tak pe aihhh.. menyemak je
Quote Kitty_catz 11-7-2023 01:15 PM
pi la sewa trek...apooooooooooo
Quote Cekla 11-7-2023 01:39 PM
kang kata bodoh marah...jenis tak pakai kepala otak agaknya
menyusahkan org yg tak bersalah
kalau mati terus tak pa jugak
kalau cacat kudung sana sini menyusahkan family nak kena jaga, tukar pampers beli susu..
eiii
ni kalau claim insurans pun ntah2 insurans  tak layan ni
cari penyakit
Quote matseh 11-7-2023 01:51 PM
Skuau replied at 11-7-2023 12:07 PM
boleh la sapa niaga kain kapan & batu nisan..cari makan dgn 'orng yg berperangai spt ini'....

Byk iklan2 tepi highway tu iklan kosmetik.
Mungkin ada boleh buat iklan batu nisan dan kepuk kubur.
Signboard kecik2 pun jadi la. Janji tulis besar2 dgn gambar nisan.
Quote BumpIQ 11-7-2023 01:57 PM
MESTI JANTAN SI MEK YANTI MEMANCUT MANCUT MEMBONCENG SEKALI NAIK MOTOR MERAH TU ADA SEKALI @Bipolajourney

DIA KAN SANGGUP TEMPUH 500KM UNTUK MEMANCUT MANCUT JUMPA JANTAN TU DENGAN ADIK UNTUK THREESOME SIAP TENGOK HACKER TU MENTEKEDARAH

NI DIA YANG KATA BUKAN AKU, DIA DAH IZINKAN UNTUK AKU CERITA SEPERTI DI BAWAH


MOTOR MERAH YANG DEORANG MEMANCUT MANCUT NAIK



Quote pengecatbintang 11-7-2023 01:58 PM
ini lah bangsa ku yg dibangga banggakan sangat..

adakah penunggang2 beskal lajak bila meningkat remaja nnt akan jadik mat rempit cam ni..

kesian mat rempit ni..

bila mat rempit ni eksiden..

tak de yg simpati, dipadankan muka lagi ada

berbeza dgn  penunggang beskal lajak

bila eksiden dgn amoi kat Johor beberapa tahun lepas...

ramai bangsaku yg membela beskal lajak

apa salah mat rempit..

depa pong maleyu jugak mcm beskal lajak

kenapa ada disktiminasi oleh bangsa maleyu sendiri

sunggoh truk punya pemikiran

  

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038814 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top