Sebuah kilang fabrik dikejutkan dengan kejadian histeria membabitkan ratusan pekerja pada Selasa lalu selepas seorang pekerja perempuan yang belum bersarapan tiba-tiba pengsan dan dikatakan kerasukan.
Lebih teruk, gangguan mula merebak apabila lebih ramai pekerja kerasukan, membuat suasana dalam kilang bertukar kecoh. Kedengaran raungan dan jeritan, ada yang duduk di kerusi roda sambil mengurai rambut dengan pandangan kosong. 100 orang histeria serentak membuatkan rakan sekerja lain terpaksa membawa mereka keluar dari ruangan bekerja. Pekerja yang tidak dirasuk juga panik menyaksikan kekecohan tersebut. Salah seorang saksi berkata, ada yang sampai mahu melompat dari tingkat empat. Dengan bantuan polis, pasukan medik serta perawat profesional, akhirnya kekecohan yang berlaku di Majalengka, Indonesia itu berjaya dikawal dalam tempoh empat jam.
Menurut saksi, punca utama gangguan bermula adalah kerana tindakan seorang pekerja dipercayai membuang tuala wanita yang tidak dicuci bersih. Mereka yang terlibat dalam kejadian diarahkan pulang untuk berehat. Sumber: Kisah Dunia |
mawardia replied at 11-7-2023 03:29 AM
How do they define a clean pad? Used is used. It wont be clean again.
ADVERTISEMENT