CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sanggup Kayuh Basikal 200km Ke Putrajaya Untuk Jumpa PM, Nak Tuntut Status Kewarganegaraan Untuk Isteri Dan 2 Anak

11-7-2023 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2942| Komen: 65

BATU PAHAT –Seorang bapa bertekad melakukan kayuhan basikal roda tiga yang diubah suai ke Putrajaya untuk berjumpa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri demi masa depan dua anaknya.

Muhammad Hafiz Onn, 34, berkata, langkah itu adalah ikhtiar terakhirnya dan isteri, Ina Abirin, 26, bagi menukar status kewarganegaraan dua anak lelaki mereka yang kini masing-masing berusia enam dan empat tahun.



Hafiz (kiri) menunjukkan dokumen pengenalan diri keluarganya ketika ditemui di Kampung Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat. Foto: Kosmo

“Anak sulung di sekolah tadika, mereka semakin membesar dan akan bersekolah nanti, kami risau akan masa depan.

“Saya bertekad mengayuh basikal bersama dua anak ke Putrajaya untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Kami berharap usaha ini mendapat perhatian dan ihsan pemimpin negara untuk membantu kami sekeluarga mendapatkan status warganegara anak kami,” katanya kelmarin.


Jelasnya, dia berkahwin dengan Ina yang juga anak pela­rian dari Filipina pada Januari 2014.

“Kami ‘nikah kampung’. Setelah berkahwin, saya berulang-alik ke Sabah menguruskan dokumen isteri, namun buntu sebelum kami pulang ke Semenanjung,” jelasnya.

Ujarnya, pelbagai usaha dilakukannya termasuk ke Jabatan Imigresen serta meminta bantuan daripada pemimpin tempatan, namun semuanya tidak berhasil selain berdepan dengan kekangan kewangan.

“Anak saya ada surat beranak tetapi status kewarganegaraan bukan warganegara. Jadi saya merayu pihak kerajaan agar membantu saya dalam hal ini.

“Kalau boleh saya mahu isteri dapat status penduduk tetap dan kewarganegaraan pula untuk dua anak saya,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 11-7-2023 09:07 AM
status kewarganegaraan memang ikut ibu jika di sabah
Quote JunkMail 11-7-2023 09:16 AM
Kau biar betul 34 tahun? Kertua sangat mukanya macam dah 40an.
Quote anony-mous 11-7-2023 09:18 AM
vespa_oren replied at 11-7-2023 09:07 AM
status kewarganegaraan memang ikut ibu jika di sabah

Oo baru i tau. Bini dia mesti tau tp diam je. Makin membiak pepuak pinoy dkt sana
Quote FOTHER-MUCKER 11-7-2023 09:19 AM
Ok sesiapa nakan IC biru boleh berbasikal beramai ramai ke putra jaya untuk berjumpa hanuar ibrahim.
Quote zeed 11-7-2023 09:21 AM
nikah kampung maksudnya tak daftarkan perkahwinan ke camne? maksudnya tak melalui prosedur dgn pejabat agama la ye?
Quote ifanonline 11-7-2023 09:21 AM
JunkMail replied at 11-7-2023 09:16 AM
Kau biar betul 34 tahun? Kertua sangat mukanya macam dah 40an.

kadang2 org keje kuat ni memang cepat tua, lebih2 lagi kalau keje tu sangat stress...

elak kan stress, banyak kan melancap
Quote naina 11-7-2023 09:24 AM
Bapaknya warganegara apa?
Dah jelas asal Filipina dah kenapa gigih berbasikal jauh2
Jelas hanya minta simpati tapi salah cara
Undang2 tetap undang2
Mana boleh hanya berbasikal bisa tukar kewarganegaraan terus
Quote Thunderclouds 11-7-2023 09:39 AM
Hahahahaha...abeh la nnt ramai² pakat konvoi kayuh gerek dr utara ke selatan timur ke barat nk tuntut citizenship.
Quote Thunderclouds 11-7-2023 09:42 AM
zeed replied at 11-7-2023 09:21 AM
nikah kampung maksudnya tak daftarkan perkahwinan ke camne? maksudnya tak melalui prosedur dgn pejab ...

Yep.
Xikut procedure.
Nnt cerai pon cara kg.
Pakai air liur ja suma.
Ramai org belah² sana nikah kg ni.
Xrenyah.
Quote krustykrab 11-7-2023 09:54 AM
naina replied at 11-7-2023 09:24 AM
Bapaknya warganegara apa?
Dah jelas asal Filipina dah kenapa gigih berbasikal jauh2
Jelas hanya mint ...

Mungkin nk ikut taktik mamat yg pi haji jalan kaki kot.
Quote prettyuglybabe 11-7-2023 09:56 AM
tengok kawin kampung pun tau jenis main sauk je..
pastu nak demand macam-macam..
kawin pun sah entah tidak kalau tak ada dokumen bagai..
daftar lahir anak macam mana kalau takde sijil nikah pejabat agama..
Quote pembacagosip 11-7-2023 10:15 AM
FOTHER-MUCKER replied at 11-7-2023 09:19 AM
Ok sesiapa nakan IC biru boleh berbasikal beramai ramai ke putra jaya untuk berjumpa hanuar ibrahim.

kan silap2 pm x jumpa nya
ingat mudah buat penat je kayuh bagai
kena ikut saluran yg betul la klu nak apply warganegara
x adil kalau kayuh je tiber ko dapat
Quote pembacagosip 11-7-2023 10:15 AM
prettyuglybabe replied at 11-7-2023 09:56 AM
tengok kawin kampung pun tau jenis main sauk je..
pastu nak demand macam-macam..
kawin pun sah entah ...

ye wei saluran kena la betulx ada sijil kahwin bini pun org asing
kayuh2 tiber dapat ic mana boleh gitu
mcm2 hal eh
Quote zeed 11-7-2023 10:50 AM
patut la anak tak warganegara sebab perkahwinan pun tak daftar. so terus ikut ibu punya warganegara. sendiri menyusahkan anak2
Quote Suchi 11-7-2023 11:02 AM
Edited by Suchi at 11-7-2023 11:03 AM
zeed replied at 11-7-2023 09:21 AM
nikah kampung maksudnya tak daftarkan perkahwinan ke camne? maksudnya tak melalui prosedur dgn pejab ...


Org sabah selalu sebut nikah kg ni
Haah depa nikah ngn mana2 tukang nikah kt kg tu tak ikut prosedur.
Takde surat nikah la bagai.

Pastu bila ada anak merempan bising nk ic bagai.
Selalunya hat nikah kg ni yg menikoh ngn bini bukan warganegara laa

Sblm ni ada viral budak tu spm cemerlang pastu bengang sbb takde ic lg gara2 mak pak dia nikah kg.
Dia ada surat beranak tp sbb takde sijil nikah nk buktikan mak dia kawen ngn ayah dia(malaysian) dia tak dapat la nk buat ic.
Status warganegara anak kan ikut mak kalau tade sijil nikah dh kalau mak bkn warga jd anak pun sama la kot.
Duklah ulang alik pi putrajaya pun tak guna selagi dia tak setel bab sijil nikah mak pak dia tu tak jd apa juga.
Quote prince_marhaen 11-7-2023 11:14 AM
NAIK BAS JE LAH SUNDELLLLLLLL.......!! Dah kawin koboi entah sah entah tidak...lagi kau nak macam-macam... nak kongkek tak nak ikut peraturan dan undang-undang negara, dah merempat baru teringat masa depan anak-anak... jap lagi kalau dilayan permintaan macam ni, semua pendatang & orang miskin kuat kongkek datang putrajaya naik beskal nak jumpa Bangnon macam kau... !!!!


Quote dua_chzy 11-7-2023 11:16 AM
Edited by dua_chzy at 11-7-2023 03:19 AM
zeed replied at 11-7-2023 01:21 AM
nikah kampung maksudnya tak daftarkan perkahwinan ke camne? maksudnya tak melalui prosedur dgn pejab ...


Iya. Tak register marriage. Biasanya sebab salah sorang takda IC or nak kawin laki/vinik orang atau rumaja2 yang dah eksiden termengandung haram.
Quote dua_chzy 11-7-2023 11:18 AM
Pilak2 kalau nak IC memang gigih urus sampai Putrajaya.
Quote midori888 11-7-2023 11:18 AM
prince_marhaen replied at 11-7-2023 11:14 AM
NAIK BAS JE LAH SUNDELLLLLLLL.......!! Dah kawin koboi entah sah entah tidak...lagi kau nak macam-ma ...

kann.....

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044070 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top