CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beradik Rayu Bawa Pulang Ibu Terkandas Di Hospital Madinah, Bil Cecah RM263,679

11-7-2023 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6074| Komen: 103

KUALA TERENGGANU – Tiga beradik buntu bagaimana untuk membawa pulang ibu mereka yang kini berada di sebuah hospital swasta di Madinah, Arab Saudi susulan kekangan kewangan yang dihadapi.

Zuraini Sapi’n, 32, berkata, ibu mereka, Hasmah Hamid, 62, menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci pada 30 April lalu.


Katanya, ibu mereka telah jatuh sakit dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan lanjut di Madinah pada 9 Mei lalu.

Foto: Kosmo

“Ibu menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa ditidurkan, manakala ahli rombongan umrah lain telah kembali ke tanah air.

“Sepanjang rawatan setakat 6 Julai lalu, bil yang dikenakan mencecah 212,000 Riyal (RM263,679) iaitu 5,000 Riyal (RM6,218) sehari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Chendering.

Selain Zuraini, Hasmah yang juga ibu tunggal mempunyai dua lagi anak iaitu Zuraida, 42, dan Mohd. Asdi Awang @ Abidin, 28


Zuraini berkata, ibu mereka telah dibenarkan keluar wad selepas 40 hari ditidurkan.

Begitupun, mereka tidak mampu dan belum cukup wang untuk membayar sebahagian besar kos rawatan tersebut.

“100,000 Riyal (RM124,492) telah dibayar menggunakan skim perlindungan insurans, namun baki 112,000 Riyal (RM139,431) lagi masih belum dilunaskan.

“Kami telah berusaha memohon dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan membuat kutipan dana awam di media sosial baru-baru ini,” ujarnya.

Ujarnya, permohonan Maidam masih dalam proses, manakala sumbangan awam pula telah mencecah RM37,000 setakat ini.

“Ibu kami semakin murung kerana tinggal bersendirian di dalam wad hospital swasta tersebut sejak dua bulan lalu.

“Kami bimbang ibu kembali jatuh sakit jika semakin lama berada di hospital swasta di Madinah,” katanya.

Sehubungan itu, Zuraini berharap bantuan pihak berkuasa membantu mereka menguruskan kepulangan ibu.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Mohd. Asdi di talian 014-5182 657. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 11-7-2023 08:35 AM
patut dah tua 60++ jangan lah di hantar naik haji...apalah TH ni..muda muda tak nak hantar..dah tua baru mau hantar
Quote Themilo 11-7-2023 08:37 AM
Simunggu replied at 11-7-2023 12:35 AM
patut dah tua 60++ jangan lah di hantar naik haji...apalah TH ni..muda muda tak nak hantar..dah tua  ...

umrah sis. April lepas acik ni pergi.
Quote laksmanabentan 11-7-2023 08:43 AM
kenapa masuk hospital swasta? mmg kat sana takde hospital kerajaan yaa....
Quote pekanwoohoo 11-7-2023 08:46 AM
Biarkan je lah mak tu meninggal dekat sana, bukan ke impian semorang nak mati dekat tanah suci? Tu Allah dah bagi jalan lah tu
Quote VespaSilbe 11-7-2023 08:53 AM
Icu swasta mmg mahai noks.. peringatan untuk adik kakak.. kalau kena icu kat swasta cepat2 le pindahkan ke hospital gomen je..
Quote salimrock 11-7-2023 08:57 AM
bukan ke ada cover insurance ke?

Quote JunkMail 11-7-2023 09:03 AM
Sikit sangat insuran coverage kau dik? Tak sampai 200k..  belilah insuran mahal sikit.  At least coverage 300k. Apa lagi...buatlah crowdfund...
Quote anony-mous 11-7-2023 09:21 AM
salimrock replied at 11-7-2023 08:57 AM
bukan ke ada cover insurance ke?

Ye ada cover tp 100k++ je lg 100K+++ xckup. Based on artikel atas tu
Quote dua_chzy 11-7-2023 09:21 AM
VespaSilbe replied at 11-7-2023 12:53 AM
Icu swasta mmg mahai noks.. peringatan untuk adik kakak.. kalau kena icu kat swasta cepat2 le pindah ...


Hada cash sejuta hengget pon tak cukup jika warded di ICU swasta.

Meanwhile, sepital gomen, bedah kepala kasik keluar air dari otak caj cuma 500 hengget walau warded for 2 months. Dah la anak pendatang takda IC yang kena bayar tu. Nyampah aku jika dengar deol komplen2. Balik la kau Pelipin masuk hospital sana jika banyak komplen.
Quote hareeeesah 11-7-2023 09:22 AM
Jauh umur anknya. Semoga dipermudahkn urusan mereka. Kdg kita xjangka. Kalu berduit senang semua org nk pergi time muda sihat kn..
Quote plywood 11-7-2023 09:27 AM
nasib tak baik. tapi hantar ke hospital swasta sebab ingat mampu bayar ke.

disana tak ada hospital kerajaan kah? barangkali murah dan insurans boleh cover..
Quote salimrock 11-7-2023 09:30 AM
anony-mous replied at 11-7-2023 09:21 AM
Ye ada cover tp 100k++ je lg 100K+++ xckup. Based on artikel atas tu


“Kami telah berusaha memohon dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan membuat kutipan dana awam di media sosial baru-baru ini,” ujarnya.



mudah-mudahan ada la bantuan...duit zakat dsbnya byk kan?




Quote prince_marhaen 11-7-2023 09:38 AM
5,000 Riyal sehari, arab-arab sana pun rasanya tinggal spenda ja...awat la anak-anak berpurdah berjubah berlitup2 ni tak nak pi teman, kalau umur dah gitu bawak-bawak la pi teman mak tu, selagi tak mampu teman toksah dok pi.... umrah, haji ni kan pada yang mampu ja... dah sorg2 kat sana, masuk pulak hosp swasta, jgn harap depa nak bagi lepas.. silap2 sepanjang hayat kat sana...
Quote krustykrab 11-7-2023 09:41 AM
pekanwoohoo replied at 11-7-2023 08:46 AM
Biarkan je lah mak tu meninggal dekat sana, bukan ke impian semorang nak mati dekat tanah suci? Tu A ...

Masaalah nya dia bangkit slps ditidurkn..takkn nak cucuk dgn racun bg mati pulak
Quote krustykrab 11-7-2023 09:43 AM
prince_marhaen replied at 11-7-2023 09:38 AM
5,000 Riyal sehari, arab-arab sana pun rasanya tinggal spenda ja...awat la anak-anak berpurdah berju ...

Kdg dh mampu duit tp sbbkn giliran dpt masa umo 100..
Tp kn pak arab sana katanya kaya raya..tkkn tk de sorg pun yg nk tlg sedekah.
Quote salimrock 11-7-2023 09:45 AM
krustykrab replied at 11-7-2023 09:43 AM
Kdg dh mampu duit tp sbbkn giliran dpt masa umo 100..
Tp kn pak arab sana katanya kaya raya..tkkn  ...

Ramadhan lambat lagi...

barangsiapa sedekah bulan ramadhan, pahala berganda2
Quote krustykrab 11-7-2023 09:46 AM
dua_chzy replied at 11-7-2023 09:21 AM
Hada cash sejuta hengget pon tak cukup jika warded di ICU swasta.

Meanwhile, sepital gomen, bedah ...

Caner pendatang takde ic dpt murah cenggitu?

Tu la dia, kita ni rakyat makin kurang dpt subsidi, rupanya dok tlg pendatang ni hidup selesa kt sini. Kita pulak yg susah payah keje.
Quote dua_chzy 11-7-2023 09:50 AM
krustykrab replied at 11-7-2023 01:46 AM
Caner pendatang takde ic dpt murah cenggitu?

Tu la dia, kita ni rakyat makin kurang dpt subsidi,  ...


Atas dasar kesian kot. Tau la Sabah. Darul Pilak.

Kat sepital Likas (sepital budak dan wanita) di Sabah ni juga doktor selalu benarkan saja pesakit discharge walaupun penjaga belum bayar bil. Penjaga kata nak bayar ansuran. Doktor terlalu baik hati kasik benar ja. Tu la orang kita.
Quote syamzana 11-7-2023 09:55 AM
plywood replied at 11-7-2023 09:27 AM
nasib tak baik. tapi hantar ke hospital swasta sebab ingat mampu bayar ke.

disana tak ada hospital ...

sbb bukan ummah sana kot so they tend to anto ke private jah lantak la bil brp pun. bkn serupa ummah malaya ni ha pesakit pendatang ada permit ke pati humban ke spital gomen sume. ujung2 rakyat sendiri dok wad kelas ke3 katil pun celah2 lorong jah.

btw, semoga dipermudahkan urusan acik ni

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.039773 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top