CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penuntut Dihalang Masuk Pertandingan Sebab GF Insecure, Sakit Hati Tengok Bercakap Dengan Perempuan Lain

11-7-2023 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1114| Komen: 8

Kerana kekasih, cita-cita ke laut apabila seorang penuntut di peringkat pengajian tinggi meluahkan di Twitter dia terpaksa menurut kehendak teman wanitanya yang sudah bekerja.

Menurut lelaki itu yang dikongsikan @twtmalaywedding, dia mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap hubungan mereka namun teman wanitanya seakan-akan mengongkongnya daripada mencapai cita-cita.



Gambar hiasan

"Teman wanita saya ni lagi tua daripada saya. Dia tak ada kawan sejak kecil sebab trauma. Tempat kerja dia pula semua perempuan. Saya tak pernah ragu-ragu dengan kesetiaan dia.

"Isu antara kami bermula dengan matematik. Saya sejak dulu lagi sangat meminati matematik dan ada hari tu saya berhasrat nak sertai satu pertandingan matematik ni. Boleh dikira sebagai peluang sekali seumur hidup.


"Dalam pertandingan matematik tu kami bersaing mengikut kumpulan. Grup saya ada dua lelaki dan dua perempuan. Saya pun maklumkan kepada teman wanita saya terlebih dahulu tentang hal ini.

"Sebab risau kalau apa-apa jadi nanti teman wanita saya sangsi pula, tak elok macam tu," kata lelaki berkenaan.

Namun, meskipun tidak mempunyai sebarang niat untuk menduakan pasangannya, lelaki berkenaan tetap menerima tanggapan serong daripada teman wanitanya.

"Teman wanita saya beritahu dia tak suka saya bercakap dengan perempuan lain. Dia kata dia sakit hati tengok. Dia minta saya pilih antara matematik atau dia.

"Saya jadi buntu sebab dipaksa masuk ke situasi sebegini, apa yang saya patut buat?" kata lelaki itu meminta pendapat selepas diberi kata dua oleh teman wanitanya



Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menasihatkan lelaki itu untuk mengutamakan masa depannya berbanding cinta yang belum sah diikat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 11-7-2023 09:29 AM
nnt habis study kerja, kerja kat rumah dgn dia je la ek? Xpyh tanya pn bole fikir dik..
Quote supernaturalee 11-7-2023 11:29 AM
buang masanya baca artikel ni

Quote Perawankota 11-7-2023 02:41 PM
Belum apa2 dah kena kongkong, pastu tak reti nk buat decision sendiri apooo
Quote kucingitam 11-7-2023 03:52 PM
putus je la dek..ke awek kau yang tanggung kau?
Quote maharani_gebu 11-7-2023 04:54 PM
tu bukan sayang.... tu obses...

red flag oiii
Quote anony-mous 11-7-2023 05:50 PM
Ni patut awek tu yg minta clash sbb bodo sgt benda simple pon xboleh decide
Quote makita 15-7-2023 10:50 AM
Abg meols bercinta dgn kakak ni tua 4 tahun. Lepas abg meols baru abes spm kakak tu dah 21. Dah suruh abg meols msuk meminang. Selfish punya pompuan. Hahahah..bila proposal kene rejek tros majuk n kwen dgn org tua. Ni kakak tu dah ada anak. Tahu pulak berbangga anak dah abes belajar kat uni.
Quote chiyoasuka 27-7-2023 11:26 PM
redflag mcm ni. u better run run klu jmpa org mcm ni tak kira lelaki ka prmpuan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042243 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top