CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadeera Zaini Akui Tergores Hati Wajah Disamakan Dengan B***, Keluarga Turut Terasa Hati Dengan Kecaman

10-7-2023 01:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2421| Komen: 20

Juara Big Stage 2023 Nadeera Zaini mendedahkan dia pernah menerima pelbagai hinaan tentang penampilannya sehingga ada tergamak menyamakan rupa parasnya dengan seekor haiwan.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata, penghinaan itu benar-benar menggores hatinya kerana menganggap kata-kata itu sebagai melampau.



"Sebenarnya saya tak mahu baca komen selepas dikecam teruk pada ketika itu tapi apabila saya lihat semula gambar-gambar dalam telefon muncul notifikasi yang tertulis 'muka macam babi'.

"Saya terus menangis kerana saya sangat pantang jika ada yang bergurau soal rupa kerana semua itu adalah ciptaan Allah.

"Jadi saya mahu tanya semula pada individu itu, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga atau diri sendiri, bagaimana agaknya perasaan dia?," katanya kepada mStar.

Nadeera berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media BS2023 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.



Dalam pada itu, Nadeera menjelaskan ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya juga turut tergores dengan hinaan itu dan berharap tiada lagi yang mengeluarkan kata-kata sedemikian.

"Ibu bapa sampai ibu saudara saya pun menangis ketika buat panggilan video bertanya kenapa ramai orang menghina saya.

"Saya beritahu mereka agar bersabar sebab ini baru permulaan asam garam untuk saya meneruskan perjalanan sebagai seorang artis.

"Cuma saya ingin sekali lagi memohon maaf sekiranya saya melampaui batas dan selepas ini janganlah kecam saya lagi," ujarnya.

Berkongsi tentang kemenangan di BS2023, Nadeera memberitahu ini merupakan gelaran juara ketiga sepanjang pembabitan menerusi enam program realiti yang pernah disertai.

Penyanyi ini bagaimanapun memaklumkan dia berjanji tidak akan menyepi dalam dunia hiburan dan akan terus menghasilkan karya buat peminat yang menyokongnya selama ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-7-2023 01:50 PM
agak2 ler sampai di samakan dengan gitu...
yer memang la sheols tak berapa cantik tapi ada je bakat sheols walaupun hujung2 akan sendu jua macam peserta2 big stage lain...

Quote ketupatnasi 10-7-2023 01:54 PM
bergambar mendongak cenggitu kelihatannya sangat mencopong lubang hidung
Quote Thunderclouds 10-7-2023 02:44 PM
Camera angle hauk.
Ko pon jgn beria mendongak bila posing dekk..
Nk compare ngn she who shall not be named sbb dh teda pon laki,bapak & so on masih kulur kilir petik nama lg besarr lobang idung dr ko.
Gitohhhhh
Quote mamajawie 10-7-2023 02:50 PM
mak aih muka ko????
Quote asimilasi 10-7-2023 02:55 PM
xbaiknyaa... tp if nak success just find xfactor ye dik... bakat saja xckup if di malaysia nie...
Quote GegarVaganja 10-7-2023 03:51 PM
semalam menang hari ni dah sendu ke?
tibe kan

Quote heythere123 10-7-2023 03:53 PM
sheols dengan Iman Troye macam nak sama

sheols ni la kan yg pakai fesyen non-neck haritu?
Quote HoneyManjer 10-7-2023 04:17 PM
gituh la dekkkk...kat malaysia ni mcm gituhhhhhh
Quote Perawankota 10-7-2023 05:09 PM
Aku tak suka nak hina2 org ni.. tapi tlglah Jgn buat rambut lepas mcmtu.. nampak 20tahun lagi tua..
Quote September14 10-7-2023 05:13 PM
Mcm muka ifa raziah
Quote laksmanabentan 10-7-2023 05:40 PM
pemenang big stage takde lagu baru ker???
ajai buat ker untuk pemenang gitu... xde ekkk...
Quote dekmieDandy 11-7-2023 12:10 PM
still tak faham kenapa dia masuk big stage ni

antara sebab aku tak tengok season ni, sebab ramai sangat yang umur 30++ masuk

dah macam GV pulak
Quote Miawlover 11-7-2023 12:14 PM
Kalau ikut trend org Malaysia , rupa mcm ni bakalan akn sendu. Tak ada wow x factor utk dilihat.
Quote tenggiripink 11-7-2023 03:07 PM
kalau takde wow factor, maybe boleh start carry fashion yang aneh aneh
baru ada content utk netizen mengata
Quote Lavender_Violet 11-7-2023 03:19 PM
Dah sertai enam rancangan realiti tapi masih masuk Big Stage program utk BBNU???
Quote supernaturalee 11-7-2023 04:23 PM
personaliti yg mempesona juga blh bawa awk pegi lebih jauh
bakat awk mmg besar

zainal abidin ms jd mentor sheols mmg bnyk bg exposure
bwk merata buat show lps hbs mentor tu

tp still tercari2 arah

well good luck je la yg blh bagi
Quote Kurex 11-7-2023 04:34 PM
Bila bergambar, jangan dongak la pompuan.. dah macam topi nasik dah
Quote inspektoremos21 11-7-2023 04:48 PM
Jadi juara pun tapi iols yakin dia akn sendu. Next year kalau buat lagu raya pun sure tak memorable..
Quote cicicumel 11-7-2023 04:56 PM
Cantik mirip Emma Maembong gittew

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052252 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top