Menyedari dirinya dikritik kerana tampil berseluar ketat ketika membuat persembahan final Big Stage 5 pada Ahad sehingga menampakkan benjolan, Putera Muhammaf membuat memohon maaf. Jelasnya, apa yang berlaku berada di luar kawalannya memandangkan dia telah mencuba pakaian berkenaan sebelum persembahan bermula dan ia tidak mendatangkan masalah.
“Sebenarnya seluar itu saya dah cuba sebelum persembahan malah siap buat outfit check di hadapan kamera dan semuanya okay tiada masalah. “Tapi mungkin bila sudah membuat persembahan… Dengan mendengar jeritan penonton, lighting mungkin lain macam. “Dengan hype lagi dan mungkin saya bergerak agak extreme sedikit daripada sebelum ini maka terjadilah perkara yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui Gempak sejurus selepas sidang media konsert akhir Big Stage 5. Selain itu, Putera juga turut menegaskan keadaan yang berlaku itu juga bukan dirancang.
“Tak adalah, apa yang terjadi itu bukan sengaja rancang atau apa, memang kejadian itu tidak di sengajakan. “Saya minta maaf kepada sesiapa yang tidak suka. Betul saya memang tidak sengaja,” ujarnya. Terdahulu, Putera menjadi perhatian netizen ketika mempersembahkan lagu Fantasia Bulan Madu di konsert akhir. Netizen mengatakan seluar yang dipakai Putera terlalu ketat sehingga menampakan bonjolan membuat mereka berasa kurang selesa. Pentas akhir Big Stage menyaksikan Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara manakala Waode pula diangkat sebagai naib juara. Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Putera dan membawa pulang RM25,000. Sumber: Gempak
|
Themilo replied at 10-7-2023 12:37 PM
alahai netizen pun.. sekadar ketumbuhan jaa pun nak rengsek...
ADVERTISEMENT