Nadeera Zaini menangis usai membuat persembahan pertama di pentas akhir Big Stage 2023 (BS2023) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad. Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, gagal mengawal perasaan ketika menerima komen daripada juri profesional iaitu Ajai yang dilihat memberi kata-kata semangat buatnya susulan pernah dikecam hebat gara-gara penampilannya dikatakan tidak menarik.
"Saya rasa nak 'babab' (pukul) siapa yang cakap awak tak cantik. "Jangan sesekali merendahkan diri kita. Setiap yang diberi oleh Allah itu ada kelebihannya," kata Ajai. Ajai memberi komen tersebut selepas sebuah rakaman video sebelum Nadeera memulakan persembahan yang memperlihatkan dia meluahkan perasaan ketika menerima kecaman hebat netizen pada minggu ketiga pertandingan. Kata Nadeera, kritikan orang ramai mengatakan dia tidak mempunyai paras cantik membuatkan hatinya luluh sehingga membuatkan dia tidak bersemangat meneruskan pertandingan.
Persembahan pertama itu, Nadeera mempertaruhkan lagu berjudul Never Enough nyanyian asal Loren Allred dan penyanyi itu menerima tepukan gemuruh dan sorakan daripada penonton di MBSA. BS2023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose manakala Jihan Muse diundang selaku Presiden Netizen pada minggu akhir program berkenaan. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT