"Kemana-mana saya tidak boleh seorang diri." Penyanyi Ara Johari yang mendedahkan nasib buruk dicabul seorang lelaki selepas persembahannya kini trauma dan sentiasa mengambil langkah berhati-hati.
Ketika ditemu bual Melodi, Ara memaklumkan dia mengambil langkah meningkat keselamatan di sekelilingnya bagi mengelak hal terbabit berulang. “Sekarang pun saya dah meningkatkan sekuriti saya. Kemana-mana saya tidak boleh seorang diri sebab saya pun jadi trauma sebab kita tak tahu niat orang ke kita. Saya lebih berhati-hati. “Saya pun hanya serahkan perkara ini kepada pihak polis dan untuk diri saya sendiri, saya semakin okay sebab sebelum ni saya agak trauma dengan kejadian tersebut. Saya jadi takut nak jumpa orang dan keluar seorang diri,” ujar Ara. Dalam pada itu, ketika ditanyakan perasaan Ara sewaktu itu, dia meluahkan rasa terkilan dengan situasi atau kejadian tersebut.
“Saya agak terkilan sebab kita pergi buat persembahan sebab nak jumpa orang tapi yang membuatkan saya terkilan sebab kejadian ini terjadi selepas konsert saya sendiri. Bagi saya, ia agak melampaui batas sebab dia masuk dalam holding room tanpa kebenaran dan dia terus mencium tangan saya tanpa izin atau persetujuan pihak saya. “Dia bukan cium saya dengan tanda hormat atau nak beri penghormatan tapi yang ni memang dia nampak sengaja menciumnya. Memang dia dah plan nak buat benda ni,” katanya. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Negeri Sembilan itu memberitahu tiada siapa daripada ahli keluarganya datang untuk meminta maaf atau menggugurkan kes terbabit. “Tiada siapa ahli keluarganya datang minta maaf kat saya. Sejujurnya, saya tidak mahu kes ini bawa ke pihak polis tapi bila kami panggil untuk berbincang dan tanya, dia lari. “Mungkin yang saya kena sikit je tapi mungkin dekat orang lain pernah kena diraba atau dicabul kehormatan. Lelaki dan perempuan di luar sana diminta agar berhati-hati, kalau boleh jangan ke tempat-tempat yang sunyi dan perlu berteman,” jelasnya lagi. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT