CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Suip Selongkar Fb Jurulatih Peribadi Cari Gambar Bersenam, Tunjuk Bukti Punca Badan Kurus

9-7-2023 04:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1387| Komen: 11

Description: Penyanyi Hafiz Suip menegaskan penurunan berat badannya itu adalah disebabkan dia aktif bersenam di gim dan bukannya disebabkan perkara lain.Pemilik nama sebenar, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, sangg ...
Penyanyi Hafiz Suip menegaskan penurunan berat badannya itu adalah disebabkan dia aktif bersenam di gim dan bukannya disebabkan perkara lain.

Pemilik nama sebenar, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, sanggup mencari gambar lama dia Facebook milik jurulatihnya yang menunjukkan dia sedang gigih bersenam di gim.



"Saja nak kongsi gambar yang aku korek dalam Facebook jurulatih aku.

"Nak kurus kita kena usaha bukan sekadar berjakok (bercakap) di media sosial menyebarkan fitnah secara tidak sedar," katanya.

Hafiz berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan dia sedang bersenam di sebuah gim.

Tidak hanya itu, Hafiz memberitahu dia lebih selesa untuk tidak berkongsi semua perkara kepada orang ramai malah memilih memaparkan kebahagian di media sosial.

"Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa sahaja yang Allah SWT berikan.


"Kesakitan atau pahit yang dialami usah diraih simpati bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biarkan kebaikan dan manis sahaja disaji," ujarnya.


Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut bekas peserta program Akademi Fantasia itu menyokong falsafah dipegang Hafiz dan memintanya bersabar atas dugaan diterimanya.

Malah ada sempat bertanya, bila penyanyi itu bakal membuat kemunculan semula memandangkan sudah lama Hafiz tidak tampil dengan lagu baharu.

Sebelum ini ramai membuat spekulasi berhubung penurunan berat badan Hafiz yang mendadak sehingga ada menuduhnya mengambil barang terlarang.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote winky1 10-7-2023 12:54 PM
buat comebck utk ajl ok
Quote wtvmjls 10-7-2023 12:56 PM
tetiba ada vibes ammar ashraf tu lps kurus
Quote alien88 10-7-2023 12:59 PM
pls la comeback, sedap suara uolls
Quote rayna_raynes 10-7-2023 01:02 PM
Dia baru masuk studio utk lagu baru. Untuk AJL tahun ni tak sempat kot, harap sangkut tahun depan
Quote Suchi 10-7-2023 01:26 PM
Dorang ni kalau lama takde lagu baru or muncul kat tv sara diri ngn apa ye?
Quote aciksenah 10-7-2023 01:58 PM
Awat nampak kurus macam sakit je. Kalau pergi gym mesti dah berotot peha tu. Berotot tu la mcm arnold tu. Ni mcm stret je badan..kurus kering..
Quote timah03 10-7-2023 02:03 PM
Kalau ada slip dics... Boleh angkat berat juga ye...? Tak sakit ke...
Quote sleepandream 10-7-2023 04:21 PM
nampak la jugak muscle2 heols dalam gambar tu...
Quote pembacagosip 10-7-2023 04:48 PM
tapi nampak susut sangat badan dia
btw suara dia sedap ok
please come back
awan nano
Quote September14 10-7-2023 05:16 PM
Dia ni kurus skli dgn muka jd kusam

Klu kurus muka bseri oklah
Quote koko12 24-7-2023 10:37 AM
Harap Hafiz dapat buat comeback

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043872 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top