Baru-baru ini Datuk Aliff Syukri mengamuk selepas seorang individu berpangkat Tan Sri didakwa cuba mengelak daripada membayar hutang berjumlah puluhan juta ringgit. Terbaru, Aliff memuat naik satu tangkap layar memaparkan hantaran mesej yang dihantarnya kepada individu berkenaan.
Dapat dilihat hantaran mesej yang dihantarnya tidak dibalas dan lebih menyakitkan ialah tertera tanda biru yang menunjukkan bahawa individu terbabit sudah pun membaca hantaran mesej tersebut. Aliff turut menyatakan tujuannya berkongsi tangkap layar tersebut hanyalah untuk mendapatkan keadilan dan bukanlah bertujuan untuk memalukan individu yang merupakan bekas menteri itu.
"Apa patut saya buat?? Bekas menteri ini hanya seen WhatsApp saya. "Dia orang hebat, kenalan semua ketua polis negara, menteri-menteri, saya hanya ikan bilis. "Saya berani kerana benar, berbagai usaha telah saya cuba berdamai, saya cuba hubungi dia, WhatsApp dia tak balas dan dia tak angkat. Jauh sekali saya ingin malukan dia dan keluarga dia.
Aliff juga sedih apabila sering dikecam dan dihina setiap kali berniaga secara atas talian namun akhirnya haknya diambil begitu sahaja. "Saya percaya Tan Sri orang ternama, seorang jutawan yang ada beribu aset di Malaysia, setakat duit saya puluhan juta itu tak ada masalah untuk Tan Sri berikan sebab itu hak saya. "Pelik, tak akan Tan Sri nak ambil hak saya peniaga kecilan ini? Bayangkan Tan Sri saya siang malam pagi petang berniaga buat live kena maki, kena hina senang-senang Tan Sri ambil hak saya. "Jangan sampai saya hilang sabar saya tunjuk video dan rakaman semua. Aliff berharap agar ahli keluarga kepada Tan Sri berkenaan tampil menghubunginya bagi menyelesaikan permasalahan ini. Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Datuk Aliff dipermudah serta menasihati usahawan terkenal itu untuk menggunakan khidmat peguam bagi menyelesaikan masalah ini. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|