CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 4

Aliff Syukri Mengamuk Dah Hantar Mesej, Dapat Bluetick Je! "Saya Siang Malam Berniaga Buat Live Kena Maki, Tan Sri Ambil Hak Saya"

[Copy link]
Post time 4-7-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini Datuk Aliff Syukri mengamuk selepas seorang individu berpangkat Tan Sri didakwa cuba mengelak daripada membayar hutang berjumlah puluhan juta ringgit.


Terbaru, Aliff memuat naik satu tangkap layar memaparkan hantaran mesej yang dihantarnya kepada individu berkenaan.


Foto: IG




Dapat dilihat hantaran mesej yang dihantarnya tidak dibalas dan lebih menyakitkan ialah tertera tanda biru yang menunjukkan bahawa individu terbabit sudah pun membaca hantaran mesej tersebut.


Aliff turut menyatakan tujuannya berkongsi tangkap layar tersebut hanyalah untuk mendapatkan keadilan dan bukanlah bertujuan untuk memalukan individu yang merupakan bekas menteri itu.


  



"Apa patut saya buat?? Bekas menteri ini hanya seen WhatsApp saya.


"Dia orang hebat, kenalan semua ketua polis negara, menteri-menteri, saya hanya ikan bilis.


"Saya berani kerana benar, berbagai usaha telah saya cuba berdamai, saya cuba hubungi dia, WhatsApp dia tak balas dan dia tak angkat. Jauh sekali saya ingin malukan dia dan keluarga dia.


  



Aliff juga sedih apabila sering dikecam dan dihina setiap kali berniaga secara atas talian namun akhirnya haknya diambil begitu sahaja.


"Saya percaya Tan Sri orang ternama, seorang jutawan yang ada beribu aset di Malaysia, setakat duit saya puluhan juta itu tak ada masalah untuk Tan Sri berikan sebab itu hak saya.


"elik, tak akan Tan Sri nak ambil hak saya peniaga kecilan ini? Bayangkan Tan Sri saya siang malam pagi petang berniaga buat live kena maki, kena hina senang-senang Tan Sri ambil hak saya.


"Jangan sampai saya hilang sabar saya tunjuk video dan rakaman semua.


Aliff berharap agar ahli keluarga kepada Tan Sri berkenaan tampil menghubunginya bagi menyelesaikan permasalahan ini.


Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Datuk Aliff dipermudah serta menasihati usahawan terkenal itu untuk menggunakan khidmat peguam bagi menyelesaikan masalah ini. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 11:32 AM | Show all posts
kadir sheikh fadzir tu memang ikutkan kaya betul... dia bisnesnya bina resort sana sini...

tapi tu la kenapa berhutang puluh2 juta dengan si sotong ni...

ke gimik marketing jah? bukan boleh percaya pun cerita sotong ni...

hujung2 dia promot resort2 tan sri tu pulak yihhhhhhhhhhhhhhhhh...

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 11:37 AM | Show all posts
sembang juta juta
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 11:48 AM | Show all posts
banyak duit si sotong ni...cuci duit ke sampai menteri pun pinjam dengan dia..ke guna nama sotong ni je parking duit? dah la si sotong ni mulut kepoh...silap la tok.. hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:24 AM | Show all posts
lantak engkolaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.111938 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list