CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eja Rasa Bersalah Tinggalkan Dunia Lakonan Ketika Nama Di Puncak "Saya Sanggup Tinggalkan Demi Seorang Anak

4-7-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1102| Komen: 9

Description: Ramai yang rindu nak tengok Eja berlakon lagi selepas lama menyepi.
Ramai yang rindu nak tengok Eja berlakon lagi selepas lama menyepi.

Bagaimanapun,Eja kata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk mengundurkan diri sejak lapan tahun lalu meskipun namanya ketika itu berada di puncak.


Menerusi temubual dalam sebuah program podcast, Eja menjelaskan dia mengambil keputusan tersebut kerana mahu memberikan fokus penuh kepada keluarga serta anak tunggalnya, Nur Eishal, 13.

Foto: IG

"Saya tinggalkan kerjaya seni saya kerana seorang anak. Saya tinggalkan semua kerjaya saya untuk keluarga.

"Seperti yang ramai tahu, saya tinggalkan industri ketika nama saya masih lagi diperlukan, masih lagi di atas. Saya ambil keputusan berehat yang begitu panjang sebenarnya, mungkin berpanjangan sehingga ke akhirnya.

"Saya anggap itu adalah satu-satunya pengorbanan terbesar yang saya buat sebagai seorang ibu kepada keluarga dan satu-satunya anak perempuan saya yang diberikan oleh Allah, Nur Eishal.


"Bila anak saya naik darjah satu, saya ambil keputusan untuk menjaga dia sepenuh masa. Sebelum itu, saya masih dalam situasi 50-50, ada kerjaya dan keluarga. Tetapi selepas Eishal naik darjah satu, keluarga adalah yang pertama dan kerjaya yang kedua.



Aktres berusia 50 tahun itu juga menjelaskan bukan mudah untuknya meninggalkan dunia lakonan yang sudah dianggap sebagai cinta pertamanya.

"Saya buat sesuatu itu (berlakon) kerana cinta dan minat bukan kerana duit semata-mata. Kalau duit pun lama-lama akan buatkan diri rasa bosan. Meskipun tahu duit diperlukan untuk beli semua. Tapi tidak segala-galanya.

"Kerjaya adalah cinta pertama saya, walaupun saya sudah tinggalkan, tapi akan ingat sampai bila-bila. Bila saya berehat dari industri lapan tahun lalu, rasa serba salah ketika itu wujud dalam diri.

"Sebab sebahagian daripada diri itu sudah hilang, bukan satu perkara yang senang.

Foto: IG

Eja berharap agar cahaya matanya itu akan menghargai pengorbanan dan kasih yang dicurahkan olehnya sebagai seorang ibu.

"Tugas sebagai seorang ibu bukan satu tugas yang kecil, bukan senang. Kadang kala buat sesuatu tanpa bayaran, tetapi buat atas dasar kasih sayang.

"Saya harap anak saya memahami, mengerti dan menghargai pengorbanan saya ini. Keutamaan lebih kepada keluarga ketika itu hingga sekarang.

Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.

Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 4-7-2023 10:47 AM
x apa laaa...kau jugak dulu kejar jantan2 kaya
Quote sexy_taec 4-7-2023 11:45 AM
takpela x kje pun laki kaya kan
Quote samshik 4-7-2023 08:06 PM
Die bkn benti sbb ank jer...die ada arthritis xsilap.. Yg agk teruk.. So bile peknen pun efek.. Lama jgk die nk dpt eshal tu sbb die kne benti mkn ubat if nk peknen.. Ini bkn info gusipsn.. Mmg  ada dlm mjlh xsilap..
Quote ahhhhhhhh 4-7-2023 08:25 PM
Pesen cemin mata skrg ni kl ble nk besar 1 muka
Quote margo20 4-7-2023 08:28 PM
Bagusla family comes first
Quote Perawankota 4-7-2023 09:01 PM
Dulu suka tgk dia berlakon dgn Mahmud Ali Bashah
Quote wirazam 4-7-2023 09:57 PM
Dahlah makcik...your time dah passed...we want new faces yg fresh
Quote makcun14 4-7-2023 10:08 PM
Edited by makcun14 at 4-7-2023 10:09 PM

giteww pengorbanan seorang isteri orka anak satu. syahdu terasa dengar luahan sheols....kalah  terduduk marhaen janda anak
lapan, ex suami pulak taguna tak boleh harap.  


Quote rosedemon 5-7-2023 09:24 AM
tuanya ko eja. laki kaya goyang kaki jela ko hakalahhh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048601 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top