Seorang wanita berasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah ‘review’ daripada seorang pempengaruh terkenal. Menurut hantaran @alinkiwi di laman TikTok, pempengaruh tersebut mendekati ayahnya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ‘TikTok famous’ dan mahu membuat kandungan di TikTok mengenai makanan di restoran milik bapa wanita tersebut.
“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang TikToker yang datang dan hendak buat ‘review’ makanan. “Ayah saya cakap boleh, silakan buat ‘review’. Kami faham, jika ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap, pasti ada pempengaruh yang akan datang untuk buat ‘review’ makanan,” katanya. Bagaimanapun, pempengaruh tersebut meminta bayaran sebanyak RM1,800 sebagai upah untuk ‘review’ makanan tersebut. “Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.
“Dia (pempengaruh) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya. Menurut wanita itu, restoran bapanya sebelum ini pernah didatangi beberapa orang pempengaruh tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat kandungan di platform mereka sendiri. “Saya sendiri tidak pasti berapa ‘followers’ pempengaruh tersebut, tetapi memang tidak masuk akal jika dia tiba-tiba mendekati ayah saya dan menyuruhnya bayar RM1,800 untuk satu ‘review’. “Lagipun, saya juga seorang ‘TikToker’. Saya tahu ‘followers’ saya tak ramai tetapi saya boleh buat ‘review’ kedai makan ayah saya sendiri,” katanya. Sumber: Kosmo! Online
|
krustykrab replied at 3-7-2023 02:42 PM
Tah² saja nk viralkn restoran pak dia
aciksenah replied at 4-7-2023 01:17 PM
Ada yang charge sampai 15K tau..untuk food review. Jangan terkejut.
AcikCleaner replied at 4-7-2023 08:17 PM
Yeke? Sape pempengaruh yg cas mahei² tu?
aciksenah replied at 5-7-2023 09:50 AM
Ntah..tak pasti. Tapi I ada masuk group seller tiktok. Diorang la spill the tea. Ada yang follower ...
putriTS replied at 7-7-2023 04:16 PM
Haha...followers brp ribu pun dah feeling influencer eh. My daughter yg darjah 3 pun ada tiktok ac ...
ADVERTISEMENT