Oleh Fyruz Hanna
Semalam, sebahagian daripada pelajar Sekolah Menengah Agama Khariah Kuala Terengganu mengadakan solat hajat dan bacaan yassin di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Yang menjadi bualan netizen adalah kedudukan mereka yang menggunakan bahu lebuhraya sebagai lokasi untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yassin. Ada yang memuji usaha murni sekumpulan pelajar terbabit kerana berusaha untuk dengan ikhtiar tersendiri untuk mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terbabit.
Namun ada yang berpendapat solat dan bacaan yassin boleh dilakukan ditempat lain dan bergantung pada niat. Walaubagaimana pun, ada pengguna yang mencela sikap pemandu yang sememangnya tidak mengamalkan keselamatan dan memandu secara laju di lebuhraya terbabit. Bagi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin bercakap kepada BHOnline beliau berpendapat usaha yang dijalankan cukup baik namun tidak molek dilakukan di tepi jalan. Terdahulu, pelbagai spekulasi dan cerita 'mistik' disebarkan mereka yang pernah menggunakan laluan terbabit dengan mengaitkan kawasan tersebut sebagai 'keras' dan berpenghuni. -CARI Infonet.
|
7
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
|||| replied at 2-11-2015 12:08 PM
Takpe. Bas sudah cover
chazey replied at 2-11-2015 12:19 PM
Akak tak setuju nak solat hajat duduk begitu tepi jalan dik. Macam2 boleh berlaku, bukan takat risik ...
krustykrab replied at 2-11-2015 02:19 PM
kalau ada treler dtg sondol semua sekali.....sure umah kata mati syahid
ADVERTISEMENT