CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Bapa Sekalian, Jangan Malas Nak Guna 'Baby Car Seat', Nanti Menyesal..

29-10-2015 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9436| Komen: 32

Description: Ibu tersebut bernama Kelly telah menulis sebuah artikel bertajuk "Kemalangan Yang Berjarak Hanya 3 Minit Dari Rumah" - mengisahkan proses kejadian ngeri yang dialami oleh anak kandungnya " Shuan ...


Oleh : TS LOO


Seorang ibu menerusi laman Facebook berkongsi kejadian kemalangan yang dialami dua tahun lalu yang hampir mengakibatkan dia kehilangan anak kecil,  penulisannya berjaya dikongsi oleh seramai 150 ribu orang dalam tempoh hanya dua hari sahaja.  



Ibu tersebut bernama Kelly telah menulis sebuah artikel bertajuk "Kemalangan Yang Berjarak Hanya 3 Minit Dari Rumah" - mengisahkan proses kejadian ngeri yang dialami oleh anak kandungnya " Shuan Shuan" yang nyaris kehilangan nyawa akibat kemalangan yang berlaku, ketika itu "Shuan Shuan" hanya berumur 2 bulan.

sumber foto : akaun Facebbok Kelly


"Ketika itu, 9hb September mengikut kalender lunar orang Cina, kami pergi ke Taiping untuk hantar mak balik kerana ada urusan sembahyang di sana. Suami yang memandu kereta dan saya duduk di sebelahnya. 

Pada asalnya "Shuan Shuan" adalah duduk di atas kerusi khas bayi atau " baby car seat", tetapi disebabkan dia mula meroyan, maka kami pun keluarkannya dari "car seat". Walaupun sepanjang perjalanan agak lancar, tetapi dalam masa 3 minit sebelum sampai rumah, terdapat sebuah kereta Lexus yang mengekori kami tiba-tiba melanggar bahagian belakang kereta kami dengan kelajuan yang tinggi."

"Pelanggaran yang memang kuat itu, mengakibatkan kereta kami berpusing secara berterusan dan akhirnya terkandas pada satu lereng berhampiran sebuah parit besar. Kalau tiada lereng tersebut, kereta kami pasti akan terus jatuh ke parit besar tersebut "

Mak yang terjaga daripada tidur serta-merta mendukung anak kecil saya "Shuan Shuan" yang ketika itu sudah pengsan dan tidak sedar diri. Selepas kejadian itu berlaku, suami saya beritahu sebenarnya ketika itu Shuan Shuan telah berhenti pernafasan, dia segera melakukan bantuan penafasan CPR sepanjang perjalanan, Shuan Shuan barulah sedarkan diri.

Pada mulanya Shuan Shuan dihantar ke sebuah klinik di Kuala Kurau, lalu barulah dihantar ke Hospital Taiping, dan akhirnya disebabkan tiada katil maka pun dihantar ke Hospital Besar Ipoh.

sumber foto : akaun Facebbok Kelly


Sepanjang masa itu, Shuan Shuan banyak kali tiada pernafasan, berkali-kali diselamatkan dan membuatkan ibu rasa susah hati. Akhirnya doktor beritahu kami dimana Shuan Shuan telah mengalami retakan tulang pada otak akibat hentakan yang terlalu kuat, bahagian otak banyak berdarah dan darahnya perlu dihentikan segera. 

Selain itu, Shuan Shuan kena menjalani CT Scan untuk memastikan perubahan pada banhagian otak, ini menyebabkan ibu amat risau anaknya yang hanya berumur 2 bulan perlu mengalami sinaran radioaktif yang tinggi, berikutan difahamkan sekali CT Scan, sinaran radioaktif yang diterima lebih seratus kali tinggi berbanding dengan X-Ray.

Ketika di hospital, saya berusaha mengeluarkan sebanyak boleh susu ibu, supaya apabila Shuan Shuan bangun mempunyai susu untuk diminum. Saya tidak mahu dia terputus susu. Shuan Shuan mula diberi susu setelah 5 hari tidak sedar diri, dari guna saluran paip, botol susu sehingga sendiri menyusu. 

Setelah 14 hari berada di hospital, Shuan Shuan akhirnya dibenarkan keluar. 

sumber foto : akaun Facebbok Kelly



Doktor pakar kanak-kanak penah berjumpa Kelly dan suaminya, dengan harapan mereka dapat berkongsi pengalaman yang dialami anak mereka Shuan Shuan agar dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa yang lain betapa pentingnya penggunaan kerusi khas bayi atau baby car seat ketika memandu. 

Doktor juga beritahu purata 4 hingga 5 kes kemalangan diterima oleh hospital dalam satu bulan dan mujurnya semua mangsa kanak-kanak dapat diselamatkan. Sejak berlakunya kemalangan tersebut, Kelly turut menasihatkan ibu bapa perlu menggunakan kerusi khas bayi semasa memandu kereta, kalau ketika dalam kereta, kalau bayi mula meroyan, cuma jangan sesekali mendukungnya kerana kemalangan itu tidak berbau. 


Tahun ini, Shuan Shuan dah berumur hampir 3 tahun, seorang bayi yang ceria dan direstui orang ramai. Meskipun bahagian otaknya kekurangan oksigen akibat kesan sampingan dan selama ini perlu ambil ubat untuk mengawal kekejangan berlaku, namun kami yakin Shuan Shuan mampu mengatasi dugaan tersebut, semoga Shuan Shuan selamat dan bahagia di masa hadapan. - CARI Infonet

24

Bagus
36

Marah
22

Terkejut
29

Sedih
22

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 29-10-2015 06:46 PM
ye.. gunala car seat... yg mampu milik pun ade jual...
klu x mampu, mntala dgn sedara mara yg dh x pakai..

mcm i, sedekah je kt saudara yg xde duit nk bli..
harap dorg pakaila...
Quote faraway1 29-10-2015 07:01 PM
kena buat cam ovc kot,
hanya dibenarkan bawak baby keluar hospital kalau
parent bawak child seat...
Quote Artemesiaa 29-10-2015 10:47 PM
Elok dibuat penguatkuasaan macam diluar negara tak pakai je terus kena saman.  Masa tu nanti baru le ramai yang terpaksa menggunakannya.  Maca masa penguatkuasan pengunaan tali keledar satu masa dulu.
Quote red_cattleya 30-10-2015 12:53 AM
ok noted..simpan duit dri skrg nanti nak beli utk anak
Quote mamacute1 30-10-2015 08:53 AM
parents pun kena tahu cara duduk betul bayi di dalam car seat dan pemilihan car seat yang betul...
Quote mokcikKSKB 30-10-2015 11:08 AM
Hmm..aku letak baby dlm carseat gigih mil bising angkat dia kata kesian dia dok lam carseat nangis.greattt!org tua2 ni dia je betul...safety kendian.
Quote Shahreen74 30-10-2015 11:24 AM
dah letak dlm carseat.. sila pakaikan talipingggang ye.. ada org letak jer..malas sgt nak pasangkn tali pinggang..
Quote DaisyD 30-10-2015 04:20 PM
faraway1 replied at 29-10-2015 07:01 PM
kena buat cam ovc kot,
hanya dibenarkan bawak baby keluar hospital kalau
parent bawak child seat.. ...

ini aku sokong. saman orang yang takde car seat. kita pun pakai belt inikan anak anak biarkan je sekadar kita peluk
Quote idadzira 30-10-2015 04:21 PM
baru let go 3 car seat kat karung guni. kalau ku tahu car seat jadi barang berharga cam ni mahu aku simpan bebaik and letak kat e-bay or mudah.my
Quote kamil8891 30-10-2015 06:20 PM
kan kerajaan dlm proses perbincangan utk rendahkan harga baby car seat
sbb kerusi ni mmg mahal sgt.. paling murah pon 100 tu pon yg biasa bukan yg bucket tu hehehe
Quote faraway1 30-10-2015 10:26 PM
kamil8891 replied at 30-10-2015 05:20 AM
kan kerajaan dlm proses perbincangan utk rendahkan harga baby car seat
sbb kerusi ni mmg mahal sgt. ...

bila masuk keselamatan anak,
harga sepatutnya tak jadi masalah..
cuba tenguk kewangan, sure ada benda boleh dilupakan supaya
mampu beli child seat..
Quote tipuware 31-10-2015 02:13 PM
Aku mmg pakai car seat. Ada kawan kata x mampu beli car seat tpi handpho e tukar setiap 6 bulan..
Quote kamil8891 31-10-2015 04:04 PM
faraway1 replied at 30-10-2015 10:26 PM
bila masuk keselamatan anak,
harga sepatutnya tak jadi masalah..
cuba tenguk kewangan, sure ada  ...

mmg xdek masalah pon.. juz nk gtaw je
yela..kesian pd yg tidak bekemampuan..
Quote kamil8891 31-10-2015 04:05 PM
kalau gune seat bucket kereta boleh ke erk..seat RECARO ke...BRIDE ke.. SSCUS ke...SPARCO ke..hehehe
Quote faraway1 31-10-2015 06:54 PM
kamil8891 replied at 31-10-2015 03:04 AM
mmg xdek masalah pon.. juz nk gtaw je
yela..kesian pd yg tidak bekemampuan..

rasanya kalau kurang kemampuan, sure keta pun tak da,
so oklah, no keta so no child seat.
Quote hart_attack 31-10-2015 09:23 PM
Bru je bli bby car seat itu pun yg second hand..nk bli yg baru x mmpu..biasa yg orgn let go msih ok lg..tu pun sbb ada ank kcik umur 3 bln..smsa bli tu ank bru 2 blan..so far nk g mane2 ltk je dlm tu..x de pulak dia mragam..
Quote elle_april 1-11-2015 04:38 PM
mamacute1 replied at 30-10-2015 08:53 AM
parents pun kena tahu cara duduk betul bayi di dalam car seat dan pemilihan car seat yang betul...
...

macam mana nak tau? kalau ada link bagus jgk boleh meols baca
Quote elle_april 1-11-2015 04:39 PM
idadzira replied at 30-10-2015 04:21 PM
baru let go 3 car seat kat karung guni. kalau ku tahu car seat jadi barang berharga cam ni mahu aku  ...

lepas baca ni baru chuols tau ke carseat berharga? sayang buang macam tu je
Quote elle_april 1-11-2015 04:44 PM
faraway1 replied at 30-10-2015 10:26 PM
bila masuk keselamatan anak,
harga sepatutnya tak jadi masalah..
cuba tenguk kewangan, sure ada  ...

ada yg memang betul2 tak mampu chuols.. tak mampu tu kadang2 ada motor je kereta pun takde. bawak baby naik motor je

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051597 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top