View: 6569|Reply: 32
|
Ibu Bapa Sekalian, Jangan Malas Nak Guna 'Baby Car Seat', Nanti Menyesal..
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Seorang ibu menerusi laman Facebook berkongsi kejadian kemalangan yang dialami dua tahun lalu yang hampir mengakibatkan dia kehilangan anak kecil, penulisannya berjaya dikongsi oleh seramai 150 ribu orang dalam tempoh hanya dua hari sahaja.
Ibu tersebut bernama Kelly telah menulis sebuah artikel bertajuk "Kemalangan Yang Berjarak Hanya 3 Minit Dari Rumah" - mengisahkan proses kejadian ngeri yang dialami oleh anak kandungnya " Shuan Shuan" yang nyaris kehilangan nyawa akibat kemalangan yang berlaku, ketika itu "Shuan Shuan" hanya berumur 2 bulan.
sumber foto : akaun Facebbok Kelly
"Ketika itu, 9hb September mengikut kalender lunar orang Cina, kami pergi ke Taiping untuk hantar mak balik kerana ada urusan sembahyang di sana. Suami yang memandu kereta dan saya duduk di sebelahnya.
Pada asalnya "Shuan Shuan" adalah duduk di atas kerusi khas bayi atau " baby car seat", tetapi disebabkan dia mula meroyan, maka kami pun keluarkannya dari "car seat". Walaupun sepanjang perjalanan agak lancar, tetapi dalam masa 3 minit sebelum sampai rumah, terdapat sebuah kereta Lexus yang mengekori kami tiba-tiba melanggar bahagian belakang kereta kami dengan kelajuan yang tinggi."
"elanggaran yang memang kuat itu, mengakibatkan kereta kami berpusing secara berterusan dan akhirnya terkandas pada satu lereng berhampiran sebuah parit besar. Kalau tiada lereng tersebut, kereta kami pasti akan terus jatuh ke parit besar tersebut "
Mak yang terjaga daripada tidur serta-merta mendukung anak kecil saya "Shuan Shuan" yang ketika itu sudah pengsan dan tidak sedar diri. Selepas kejadian itu berlaku, suami saya beritahu sebenarnya ketika itu Shuan Shuan telah berhenti pernafasan, dia segera melakukan bantuan penafasan CPR sepanjang perjalanan, Shuan Shuan barulah sedarkan diri.
Pada mulanya Shuan Shuan dihantar ke sebuah klinik di Kuala Kurau, lalu barulah dihantar ke Hospital Taiping, dan akhirnya disebabkan tiada katil maka pun dihantar ke Hospital Besar Ipoh.
sumber foto : akaun Facebbok Kelly
Sepanjang masa itu, Shuan Shuan banyak kali tiada pernafasan, berkali-kali diselamatkan dan membuatkan ibu rasa susah hati. Akhirnya doktor beritahu kami dimana Shuan Shuan telah mengalami retakan tulang pada otak akibat hentakan yang terlalu kuat, bahagian otak banyak berdarah dan darahnya perlu dihentikan segera.
Selain itu, Shuan Shuan kena menjalani CT Scan untuk memastikan perubahan pada banhagian otak, ini menyebabkan ibu amat risau anaknya yang hanya berumur 2 bulan perlu mengalami sinaran radioaktif yang tinggi, berikutan difahamkan sekali CT Scan, sinaran radioaktif yang diterima lebih seratus kali tinggi berbanding dengan X-Ray.
Ketika di hospital, saya berusaha mengeluarkan sebanyak boleh susu ibu, supaya apabila Shuan Shuan bangun mempunyai susu untuk diminum. Saya tidak mahu dia terputus susu. Shuan Shuan mula diberi susu setelah 5 hari tidak sedar diri, dari guna saluran paip, botol susu sehingga sendiri menyusu.
Setelah 14 hari berada di hospital, Shuan Shuan akhirnya dibenarkan keluar.
sumber foto : akaun Facebbok Kelly
Doktor pakar kanak-kanak penah berjumpa Kelly dan suaminya, dengan harapan mereka dapat berkongsi pengalaman yang dialami anak mereka Shuan Shuan agar dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa yang lain betapa pentingnya penggunaan kerusi khas bayi atau baby car seat ketika memandu.
Doktor juga beritahu purata 4 hingga 5 kes kemalangan diterima oleh hospital dalam satu bulan dan mujurnya semua mangsa kanak-kanak dapat diselamatkan. Sejak berlakunya kemalangan tersebut, Kelly turut menasihatkan ibu bapa perlu menggunakan kerusi khas bayi semasa memandu kereta, kalau ketika dalam kereta, kalau bayi mula meroyan, cuma jangan sesekali mendukungnya kerana kemalangan itu tidak berbau.
Shuan Shuan kini dah hampir 3 tahun, seorang bayi yang riang dan direstui orang ramai. Walaupun ada kesan sampingan akibat terjadi kekurangan oksigen pada otak selepas kemalangan dan sepanjang masa ambil ubat untuk mengawalnya berlakunya kekajangan, semoga Shuan Shuan bahagia dan sejahtera sepanjang kehidupannya yang akan datang.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
ye.. gunala car seat... yg mampu milik pun ade jual...
klu x mampu, mntala dgn sedara mara yg dh x pakai..
mcm i, sedekah je kt saudara yg xde duit nk bli..
harap dorg pakaila... |
|
|
|
|
|
|
|
kena buat cam ovc kot,
hanya dibenarkan bawak baby keluar hospital kalau
parent bawak child seat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok dibuat penguatkuasaan macam diluar negara tak pakai je terus kena saman. Masa tu nanti baru le ramai yang terpaksa menggunakannya. Maca masa penguatkuasan pengunaan tali keledar satu masa dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
ok noted..simpan duit dri skrg nanti nak beli utk anak |
|
|
|
|
|
|
|
parents pun kena tahu cara duduk betul bayi di dalam car seat dan pemilihan car seat yang betul...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..aku letak baby dlm carseat gigih mil bising angkat dia kata kesian dia dok lam carseat nangis.greattt!org tua2 ni dia je betul...safety kendian. |
|
|
|
|
|
|
|
dah letak dlm carseat.. sila pakaikan talipingggang ye.. ada org letak jer..malas sgt nak pasangkn tali pinggang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini aku sokong. saman orang yang takde car seat. kita pun pakai belt inikan anak anak biarkan je sekadar kita peluk
|
|
|
|
|
|
|
|
baru let go 3 car seat kat karung guni. kalau ku tahu car seat jadi barang berharga cam ni mahu aku simpan bebaik and letak kat e-bay or mudah.my |
|
|
|
|
|
|
|
kan kerajaan dlm proses perbincangan utk rendahkan harga baby car seat
sbb kerusi ni mmg mahal sgt.. paling murah pon 100 tu pon yg biasa bukan yg bucket tu hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bila masuk keselamatan anak,
harga sepatutnya tak jadi masalah..
cuba tenguk kewangan, sure ada benda boleh dilupakan supaya
mampu beli child seat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg pakai car seat. Ada kawan kata x mampu beli car seat tpi handpho e tukar setiap 6 bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg xdek masalah pon.. juz nk gtaw je
yela..kesian pd yg tidak bekemampuan..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau gune seat bucket kereta boleh ke erk..seat RECARO ke...BRIDE ke.. SSCUS ke...SPARCO ke..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kalau kurang kemampuan, sure keta pun tak da,
so oklah, no keta so no child seat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bru je bli bby car seat itu pun yg second hand..nk bli yg baru x mmpu..biasa yg orgn let go msih ok lg..tu pun sbb ada ank kcik umur 3 bln..smsa bli tu ank bru 2 blan..so far nk g mane2 ltk je dlm tu..x de pulak dia mragam.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak tau? kalau ada link bagus jgk boleh meols baca
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas baca ni baru chuols tau ke carseat berharga? sayang buang macam tu je
|
|
|
|
|
|
|
|
ada yg memang betul2 tak mampu chuols.. tak mampu tu kadang2 ada motor je kereta pun takde. bawak baby naik motor je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|