CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pada Usia 11 Tahun, Kanak-Kanak Ini Mencipta Bisnes 'Kata Laluan'

2-11-2015 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7053| Komen: 19

Description: Usia bukan penghalang seseorang itu untuk berjaya dan melakukan sesuatu yang luar biasa.
Oleh Adib Za

Usia bukan penghalang seseorang itu untuk berjaya dan melakukan sesuatu yang luar biasa. 

Seperti mana filem 'The Walk' yang mengisahkan Philippe Petit melakukan sesuatu yang di luar kotak dan menarik perhatian dunia.


Kisah jejaka dari Perancis itu pernah menggegarkan dunia dengan percubaannya berjalan di atas wayar pada paras ketinggian 110 tingkat!

Namun, itu berlaku pada 41 tahun yang lalu dan semestinya kegilaan dan 'interest' pada setiap zaman berbeza-beza. 




Pada zaman teknologi ini, apa sahaja boleh berlaku, menjadi terkenal pada usia muda, mencipta gajet dan memukau dunia. Semuanya tidak mustahil.


Itu yang terjadi pada kanak-kanak ini, Mira Modi yang hanya berusia 11 tahun. Siapa sangka pada usia kanak-kanak sebegini dia mampu melakukan sesuatu di luar kotak dan fikiran.

Mira telah terlibat dengan penciptaan sistem sekuriti yang memudahkan orang ramai mengingati kata laluan mereka melalui bisnesnya, DiceWARE.

Kata laluan menjadi satu masalah kepada kebanyakan orang, terutamanya mereka yang kurang mahir dengan teknologi. Namun, dengan hanya membayar serendah $2 dolar, semua masalah ini boleh diatasi.

(Sumber foto: thechive)

Itulah yang dilakukan oleh Mira melalui program dan sistem sekuritinya. Semuanya bermula apabila ibu kepada Mira, Julia Angwin 'mengupahnya' untuk mencipta kata laluan untuknya. 

Mira mampu menjana $12 dolar sejam yang bersamaan dengan RM51 sejam! Bayangkan dalam sehari berapa dolar yang mampu dijananya!

Mengagumkan, bukan? - CARI Infonet


Baca selanjutnya: The Chive
25

Bagus
24

Marah
32

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 2-11-2015 12:08 PM
Comel budaknya..mcm mana sistem ni befungsi..mls nak klik link tu la  
Quote avatar_aang 2-11-2015 12:47 PM
alieyrina replied at 2-11-2015 12:08 PM
Comel budaknya..mcm mana sistem ni befungsi..mls nak klik link tu la

dak ni wat password ade 6 words yang unik dan susah
hacker nak godam...

pas dia kasi password tu kt maybe kene tmbah !# ke supaya
lain skit dari dia kasi.katanya password dia tu strong n unik n mudah
org ingat.

mak dia penulis buku,mak dia ade tulis sal bisnes anak dia ni dlm bukunye.
me rajin plak bace sinopsis kat faq web dia.haha.

tpi OK la kan le wat bisnes cm gini..jeles lak rase.haha
Quote alieyrina 2-11-2015 01:07 PM
avatar_aang replied at 2-11-2015 12:47 PM
dak ni wat password ade 6 words yang unik dan susah
hacker nak godam...

Ohh kisahnya...pw aku ada 2 jenis jah  
Quote Artemesiaa 2-11-2015 01:51 PM
Wow kecik2 dah pandai jana pendapatan sendiri
Quote imransulaiman 2-11-2015 02:38 PM
RM51 sejam? Wow! Aku kalu dapat extra income RM50 sehari pun dah bersyukur. Huhu...
Quote kumen2 2-11-2015 04:11 PM
pndai pulak bdk ni...
Quote munchkin 2-11-2015 05:35 PM
Pandai adik ni!!!!
Quote clarizsa 2-11-2015 06:11 PM
x faham... susah sgt ke nk wat pword sndri smpai nk upah org...

pword unik yg i cipta sndri pun kadang2 i lupa.. haha

tp ada la yg paling unik mmg i je yg tau..

Quote DaisyD 2-11-2015 07:13 PM
baguslah kecil kecil dah kreatif
Quote Mary_jane 2-11-2015 09:40 PM
Haah kan tak pernah terfikir. Password bank bagi selalu %#-_ ya ampun jenuh nak key-in. Numeric alphabetic tu ok lagi.
Quote melia_star 3-11-2015 12:39 PM
koser akak nk byr $2 semata2 nk pasword unik...cipta sendiri x bleh ker...malas berfikir betul org zmn IT laa ni....
Quote |-0-| 3-11-2015 01:06 PM
Kalo betul  banyak untung ...tak lama lagi ramai la orang tiru.
Quote monxys 3-11-2015 03:13 PM
bagus lah kecik2 dah pandai cari duit
Quote Chesire_Epilog 3-11-2015 05:56 PM
Service mcm ni biasanya corporate / company yang guna. Lagi2 kalau staff ramai, mungkin first password jer guna service mcm ni, yang ke dua, ketiga sendiri tukar (kalau guna sistem, biasanya ada tempoh tamat password, so kena tukar password baru setiap kali expired)
Quote avatar_aang 4-11-2015 10:18 PM
clarizsa replied at 2-11-2015 06:11 PM
x faham... susah sgt ke nk wat pword sndri smpai nk upah org...

pword unik yg i cipta sndri pun k ...

x susah..
asal2 me pun fikir cm u gak.
asal nak kene smpai wat bisnes buat pasword.

tpi ade benar juge.kdg psword kt tu senang nak di hack org
so kene ade yg unik dan mudah nak ingt.see cm u ckp.
pword u wat sndiri kdg x ingt kan.

so tu la motip adik tu wat bisnes tu..
gigih lak i reply kt komen u.


hahahaha


Quote clarizsa 5-11-2015 09:33 PM
avatar_aang replied at 4-11-2015 10:18 PM
x susah..
asal2 me pun fikir cm u gak.
asal nak kene smpai wat bisnes buat pasword.

Klu pword i sndri buat pn i x igt.. mujur sgtla i nk igt pword yg org buat.. haha

Tp i ada la 2 pword yg mmg i xkan lupa..

Klu pword dr lain sumber mmg xkn pernah hafal..
Quote system_failure 7-11-2015 05:39 AM
Edited by system_failure at 7-11-2015 05:41 AM

aku punye pswrd aku gabungkan besday anak, bini dan diri sendirik..

contoh besday anak pada 05 aug = 058
besday bini 14 sep = 149
besday sendiri 32 sep = 329

so pwrd aku = 058149329

pastu aku gunakan password yg sama kat semua tempat.... supaya mudah utk diingat..
tapi cuma tambah pengenalan unik je kat belakang .... utk membezakan...

contoh pwd fesbuk : 058149329fb
pwd gmail : 058149329gm
pwd bank islam : 058149329bimb


secara tak langsung, kita juga boleh ingat besday bini dan anak kite....
kalau tak habislah kena belasah dgn bini....


Quote aku.semut.merah 11-11-2015 01:42 AM
Apa yg aku faham budak ni buat bisnes sistem security yg memudahkan org ramai mengingati kata laluan. Bukan dia yg beri kata laluan utk kita. Tapi sistem tu, mcm apps juga la.
Quote 1a1a1a 25-11-2016 05:56 AM

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.107999 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top