Perkongsian asal dimuat naik di TikTok, memaparkan video secara rambang dengan kapsyen 'ingat girl, hidup ini keras... kalau tak boleh sampai tekak, jangan paksa'. Hantaran itu kemudian disusuli dengan komen-komen berbaur lucah daripada pengguna aplikasi media sosial tersebut yang rata-ratanya gadis atau masih remaja.
Komen-komen yang ditinggalkan memberi gambaran mengenai perihal perbuatan seks oral dengan ada segelintir daripada mereka berkongsi 'kaedah' untuk melakukannya. Menerusi carian di aplikasi TikTok, difahamkan video berkenaan sudah dipadam oleh pemilik akaun. Namun, hantaran tersebut sempat dimuat naik semula oleh pengguna media sosial lain di laman Twitter. Ternyata hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Twitter yang melahirkan rasa kurang senang dengan gelagat segelintir gadis yang sangat memalukan. Sebagai peringatan, budaya sebegini tidak seharusnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana perkataan-perkataan yang tidak senonoh pada umumnya adalah perkataan yang tercela. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT