CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ayah Dakwa Anak Kena Kurung Dalam Bilik Pagar Besi, Ada Kotak Elektrik Undang Bahaya

27-6-2023 10:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1385| Komen: 19

Tular di laman Twitter pada petang Selasa mengenai ciapan seorang lelaki mendedahkan tindakan tersebut yang didakwa dilakukan oleh seorang guru.

Menerusi ciapan tersebut, turut didedahkan tangkap layar perbualan dalam grup WhatsApp kelas dipercayai antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid-murid kelas berkenaan.



Seorang bapa bertanya sama ada benar anak lelakinya yang berusia tujuh tahun itu diletakkan di dalam bilik berjaring untuk pengasingan.

"Ya tuan, memang saya yang letakkan," demikian pengakuan yang didakwa dibuat oleh seorang guru lelaki dalam grup WhatsApp tersebut.

Ciapan itu juga turut disertakan beberapa foto bilik berpagar besi yang didakwa dijadikan tempat pengasingan murid malang itu.


Bercakap kepada mStar, individu yang memuat naik ciapan berkenaan mendakwa, kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah rendah di Rembau, Negeri Sembilan, pada Selasa.

Hanya mahu dikenali sebagai Azuan, 30, katanya, kejadian didakwa berlaku melibatkan seorang murid lelaki yang merupakan rakan sekelas anaknya.

"Dalam grup WhatsApp maklumkan murid tu bergurau dalam kelas. Mulut tak tahu diam, main tarik-tarik seluar kawan," katanya ketika dihubungi.

Walau nakal sekali pun, bapa tiga anak itu menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap murid berusia tujuh tahun itu adalah tidak wajar.

"Tindakan kurung itu tidak wajar, budak-budak tu baru darjah satu, umur tujuh tahun. Mereka masih kecil, tak tahu apa-apa lagi.

"Memang pada usia mereka tu kadang-kadang nakal, tak patut dibuat begitu (kurung). Ada cara lain yang lebih wajar," katanya.


Apa yang lebih dikesalkan, katanya, terdapat kotak elektrik di dalam bilik jeriji besi yang didakwa dijadikan tempat 'kurungan' murid berkenaan.

"Sudahlah diletakkan dalam 'sangkar besi', ada kotak TNB lagi. Memang bahaya untuk kanak-kanak. Kalau budak tu buat main benda tu tak tahu apa yang akan jadi.

"Kalau jadi pada anak saya, memang saya akan marah. Saya akan bawa perkara ini ke PPD (Pejabat Pendidikan Daerah)," katanya lagi.

Susulan insiden itu, Azuan berkata, anak lelakinya pernah mengalami situasi tidak suka pergi sekolah selepas seminggu pembukaan sesi persekolahan 2023.

"Sejak masuk darjah satu ni, anak saya tak ceria macam sebelum ni masa dia pergi tadika. Mungkin sebab anak pernah nampak ada kawan pernah kena, itu yang sejak seminggu lepas sekolah, dah mula tunjuk tak berminat ke sekolah.

"Alhamdulillah, anak saya belum kena kurung lagi. Selepas kejadian hari ini, saya syak anak saya takut ke sekolah disebabkan hal itu.

"Jika kejadian kurung ini benar, saya gesa cikgu berkenaan dikenakan tindakan tegas sebab tindakannya itu tidak berperikemanusiaan," katanya lagi.

Sementara itu, menurut sumber, kes berkenaan telah dilaporkan ke PPD Rembau pada Selasa petang.

"Pihak kami di PPD sudah terima laporan dan penjaga kepada murid tersebut juga datang ke PPD untuk berbincang," katanya ketika dihubungi pada Selasa petang.

Ditanya sama ada kes tersebut dalam siasatan, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 28-6-2023 12:31 AM
Gila la cikgu ni.budak darjah satu je pon xboleh kawal.kalau nakal sgt suruh la brdiri luar kelas.
Quote Carcosa 28-6-2023 12:47 AM
Kurungan pagar besi tu sebenarnya utk apa wei??
Sekolah buat utk apa, area tu? Mmg utk bebudak nakal kah? Tak pernah umur, meols tgk bende alah tu
Quote MisXoXo 28-6-2023 12:57 AM
Satu sek akan back up cikgu dan boikot bdk tu..kata maknya ngada2lah..bdk tu nakallah..etc..patt dikurangkan kerana notty..cer anak sendiri kenapa...inilah kenyataan yg org luar xtahuuuu dlm politik dlm sekolahh
Quote PULANGKAN 28-6-2023 01:59 AM
Carcosa replied at 28-6-2023 12:47 AM
Kurungan pagar besi tu sebenarnya utk apa wei??
Sekolah buat utk apa, area tu? Mmg utk bebudak nakal ...

kalau ikutkan, untuk protect kotak TNB tukot la ada budak gatal tangan pegi petik suis, blackout pulak

tapi cikgunya jadikan tempat tu tempat kurungan
Quote elzy 28-6-2023 08:06 AM
Macam-macam Cikgu boleh buat selain kurung murid begitu.. Kalau tak boleh handle suruh parents datang ambil.. Selagi tak behave suruh duduk hujung kelas atau letak murid tu paling hadapan supaya Cikgu mudah pantau.
Quote hareeeesah 28-6-2023 08:50 AM
Elok cikgu tu & guru besar kena tindakan. Kot time bdk kat dlm tu meletop ke apa naya kat bdk je..
Quote babynina30 28-6-2023 09:00 AM
Dah tau ke nama sek ? Gigih i google semua sek ren kt rembaumost wanted yo
Quote KamikuP 28-6-2023 09:19 AM
Cuaca panas skrg ni mujur budak tu tak kene strok haba. Berkicap le nnti GB dgn cikgu tu nak menjawab nnti
Quote Prickford 28-6-2023 10:16 AM
Budak nakal mmg akan dikenakan denda utk memberi pengajaran. Tapi bukan dgn cara mcm ni oiii....
Quote prettyuglybabe 28-6-2023 10:46 AM
susah jadi cikgu sekarang..
rotan murid tak kena..
denda pun tak kena..
ibu bapa terapkan la disiplin pada anak-anak sendiri..
jangan bagi alasan baru 5 6 7 8 9 tahun..
ujung-ujung bila anak tak menjadi, salahkan cikgu juga..
jangan harap pada cikgu nak ajar semua..
korang anak 4 5 orang pun boleh mental tak mampu nak didik, inikan pula sorang cikgu nak pantau 20 30 orang murid tiap hari..
Quote airmineral 28-6-2023 11:02 AM
mcmn la cikgu blh terfikir nak kurung budak?
Quote seripahzeripah 28-6-2023 01:18 PM
babynina30: Dah tau ke nama sek ? Gigih i  ...


Sek.keb kota sis kataya
Quote hasniey 28-6-2023 03:34 PM
prettyuglybabe replied at 28-6-2023 10:46 AM
susah jadi cikgu sekarang..
rotan murid tak kena..
denda pun tak kena..

Xde sapa ckp cikgu xboleh denda murid.ai igt cikgu ada sop utk hukum budak.
Ni di kurungnya dlm sangkar mcmtu.pakej ada kotak electric lagi.
Kot budak tu mati keras kt situ.boleh hidup semula ke? kwn2 yg tengok pon jd trauma smpai xnk pergi sekolah.takut kena kurung jgk
Quote prettyuglybabe 28-6-2023 04:08 PM
hasniey replied at 28-6-2023 03:34 PM
Xde sapa ckp cikgu xboleh denda murid.ai igt cikgu ada sop utk hukum budak.
Ni di kurungnya dlm sa ...

denda la macam mana pun korang mak bapak akan komplen..
kalau tak nakal tak payah nak takut pergi sekolah..
ajar anak pay attention duduk diam-diam jangan kacau orang waktu cikgu mengajar..
nak main tunggu time rehat..


Quote Zeatyisaac 28-6-2023 06:46 PM
Kes dah selesai. Pegawai Pendidikan dah jawab. Kesimpulannya, didik anak baik2 kalau taknak orang lain tolong didik. Dunia ini keras.
Quote fair_iza 28-6-2023 08:47 PM
Zeatyisaac replied at 28-6-2023 06:46 PM
Kes dah selesai. Pegawai Pendidikan dah jawab. Kesimpulannya, didik anak baik2 kalau taknak orang la ...

Apa jwpn peg pendidikan? Berita mcm ni x masuk ci pulak
Quote Orix 28-6-2023 09:14 PM
anak dia mcm monyet ke dlm kelas?
Quote Zeatyisaac 30-6-2023 07:17 AM
prettyuglybabe replied at 28-6-2023 04:08 PM
denda la macam mana pun korang mak bapak akan komplen..
kalau tak nakal tak payah nak takut pergi  ...

Setuju, kalau behave dan kesayangan cikgu, kenapa nak takut pergi sekolah. Parents patut ajar anak2 ambik hati kawan2. Bukannya pedajal kawan. Seronok pergi sekolah bila kawan ramai.
Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:09 AM
zaman now anak nakal kena denda anak lapor dgn mak pak, cikgu kena marah hahahaha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.038054 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top