CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Bulan Menderita Kemaluan Dimangga Lepas Berpisah Dengan Kekasih

27-6-2023 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 693| Komen: 7

Description: Tiga bulan menderita kemaluan dimangga selepas berpisah dengan kekasihnya, lapor portal berita Daily Star.Lelaki malang itu membeli mangga kunci kira-kira lapan bulan lalu dan memakainya dari semasa k ...
Tiga bulan menderita kemaluan dimangga selepas berpisah dengan kekasihnya, lapor portal berita Daily Star.

Lelaki malang itu membeli mangga kunci kira-kira lapan bulan lalu dan memakainya dari semasa ke semasa, manakala teman wanitanya terus memegang kunci.



Lelaki tersebut terpaksa menggunakan khidmat La Tuerta Piercer untuk menanggalkan mangga yang digunakan untuk mengunci kemaluannya di Barcelona baru-baru ini. - Jam Press/@latuertapiercer

Bagaimanapun, lelaki yang namanya tidak didedahkan itu telah menghabiskan masa tiga bulan terakhir untuk cuba menanggalkan mangga tersebut selepas mereka berpisah.

Lebih malang, pada masa dia berjaya mendapatkan semula kunci daripada bekas kekasihnya, mangga itu pula berkarat dan tidak boleh dibuka.

Lelaki muda itu terpaksa pergi berjumpa pakar tatu, La Tuerta Piercer di Barcelona bagi meminta pertolongan dan Piercer berkongsi rakaman kejadian tersebut di TikTok dengan 603,000 pengikutnya.


Klip video di TikTok menunjukkan lelaki tersebut berdiri membelakangi kamera ketika Tuerta berunding dengan rakan sekerjanya, Alex dan mereka membuat kesimpulan bahawa mangga berkenaan sudah berkarat, menjadikan kerja-kerja untuk membukanya  lebih rumit.

Alex berkata: “Ia sangat berkarat. Sudah tentu, anda memakainya ketika mandi  bukan?”

Dia menjelaskan bahawa mereka akhirnya dapat membuka kunci dengan beberapa pukulan tukul yang dilakukan dengan teliti.

Tuerta berkata: “Dengan sangat berhati-hati, kami meletakkan mangga di tempatnya dan memberikannya beberapa pukulan dengan tukul. Ia kemudian tertanggal.” 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 27-6-2023 12:57 PM
berita apakah yiniiii hahhahahaha
Quote Perawankota 27-6-2023 12:58 PM
Somebody call 911 please
Quote hareeeesah 27-6-2023 01:03 PM
Nasib x tertukul angry bird.. dh kenapa took u that long to look for help aje gilerr
Quote Mary_jane 27-6-2023 01:07 PM
Bomba sana tak layan ke kes begini?
Quote Pajeri_Nenas 27-6-2023 01:41 PM
Masam berkeladak
Quote Jitu 27-6-2023 01:46 PM
bodohnya  
Quote _blackbird 27-6-2023 02:46 PM
nasib kejadian di barcelona, kalau kat malaysia 1 lagi masalah @Bipolajourney yg menganggu gugat keamanan porum dan negara

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.265661 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top