CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Nabila Huda Menangis' - Lelaki Yakin Sarung Blazer Besar Dengan But Tumit Tinggi Paras Lutut, Macam Tak Pakai Seluar!

21-6-2023 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1612| Komen: 9

Kemunculan lelaki menggayakan blazer bersaiz besar bersama seluar pendek, but bertumit tinggi paras lutut dan aksesori rantai mencuri perhatian tetamu sebuah acara pertunjukan fesyen yang diadakan di Pulau Pinang pada 17 Jun baru-baru ini.


Bagaimanapun menerusi video tular di TikTok, Akim Ahmad, 26, kelihatan seolah-olah tidak memakai seluar memandangkan blazer yang digayakannya bersaiz besar sehingga dia dihujani pelbagai kecaman netizen.



Bercakap kepada mStar, dia mendedahkan pemilihan gaya itu merupakan idea sendiri dan sama-sekali tidak menyangka penampilannya akan menjadi perhatian rakyat Malaysia.

"Saya sebagai tetamu, hadir ke acara itu untuk memberikan sokongan kepada kawan saya yang juga seorang pereka fesyen. Untuk gaya itu, ideanya daripada diri sendiri. Saya mix and match, cuba tiru gaya pelakon Nabila Huda.



"Sebelum pergi ke acara itu, saya rasa penampilan saya paling ringkas. Mungkin akan ada tetamu lain yang lebih wow. Dan memang betul, ramai tetamu lain pakai lagi pelik. Cuma mereka tidak ditemubual, tiada dalam video.

"Apa yang saya gayakan merupakan koleksi sendiri. Ketika tiba di sana. Semua orang sangat supportive. Semua tetamu all out. Sebab itu pertunjukan fesyen, ia merupakan hari untuk kita tunjuk gaya kita," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Mengulas kecaman yang diterima, Akim yang menetap di Kuala Lumpur mengakui dia tidak berkecil hati, malah menganggap ia sebagai lumrah biasa dalam kehidupan di media sosial.



"Pada mulanya, individu itu upload video saya ke TikTok. Saya okey je. Kemudian ada orang sebar ke Facebook. Pada waktu itu, saya kata tak boleh nak buat apa dah. Kawan yang maklumkan saya dah viral di Facebook.

"Saya baca komen-komen kecaman. Yang mana bagi nasihat, saya ambil. Yang tak baik, saya buat tak tahu. Tapi kalau nak bercakap, ingatlah kita pun akan ada anak, cucu dan keluarga.

"Nak tegur tak salah, tapi ada caranya. Tapi saya okey sahaja. Saya terima segala teguran," ujar Akim yang bekerja dalam bidang retail di ibu negara.

Dalam pada itu, Akim berkata dia mungkin akan tampil dengan gaya lebih sopan dalam acara-acara akan datang bagi mengelak menjadi kecaman netizen.



"Lepas ni akan sopan sikit sebab tengok netizen macam marah. Kalau kita pakai sopan macam mana pula penerimaannya? Tapi sama saja.

"Sopan ke, pakai lelaki atau perempuan ke, kalau di mata orang dia tak suka, dia tetap tak suka. Kita tak boleh puaskan hati semua orang," ujarnya.

Sehingga kini, video temubual Akim yang dibuat seorang individu di acara Penang Fashion Show 2023 itu meraih lebih 100,000 tontonan dan turut dihujani lebih 700 komen netizen di aplikasi TikTok.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 22-6-2023 07:28 AM
Aiols suka pesen ko Kim.
Quote KamikuP 22-6-2023 09:16 AM
Yaaa ampornnn ni fashion show ke atau perjumpaan peponen bottom se Malaysia?
Quote Cpkay 22-6-2023 11:03 AM
nice one. tapi takdelah sampai si kupu kupu menangis .. dia lagi berfasionnnn
Quote liyamariska 23-6-2023 06:48 AM
sejibik rupa hadek2 lgbtqrstuvwxyz kt barat nun...

Quote dekmieDandy 23-6-2023 09:45 AM
ni fashion show lepasan uitm kan

semua yang datang pun hasil budak fashion uitm
Quote naina 23-6-2023 09:56 PM
Wahhh all out sangattt
Quote HuoJingJue 27-6-2023 12:50 PM
macam kena halau dari rumah..
baju tu jek sempat sambar
Quote misc 29-6-2023 12:01 PM
Weyhhh...sebijik mcm adik aku masa dia umur 4-5 tahun suka pakai baju dan kasut kakak aku. Baju oversized+boots besau.
Quote beatgirlX 2-7-2023 01:19 PM
Edited by beatgirlX at 2-7-2023 01:20 PM

Ni style anak buah aku daa... Cuma but tu diaorg pakai kasut ala phua chu kang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050761 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top