|
Jika sebelum ini seorang ibu berang apabila gambar anaknya dicuri-curi rakam seorang individu tidak dikenali, terbaru, teluar wanita menunjukkan jari tengah apabila menyedari dirinya dirakam.
Difahamkan, seorang pengguna TikTok merakam kawasan di dalam sebuah pusat membeli belah dan tidak sengaja merakam dua perempuan yang sedang menuruni eskalator. Namun, sungguh tidak disangka apabila salah seorang daripadanya melayangkan jari tengah kepada perakam terbabit. Bagaimanapun, perempuan terbabit tampil meluahkan rasa marah apabila mengetahui video yang merakam dirinya itu dimuat naik ke TikTok tanpa kebenarannya. "Kalian rasa saya boleh diam ke tanpa tunjuk jari tengah? Saya nak tahu apa motif dia buat rakaman itu. Kenapa nak rakam saya turun eskalator? Untuk apa?" soalnya menerusi hantaran di InstaStory. Susulan itu, ada warganet mendakwa perempuan itu sebenarnya terlebih 'perasan', namun tidak kurang juga menegur budaya mengambil gambar atau video tanpa kebenaran adalah satu kesalahan. Dalam hal ini, kedua-duanya salah. Tapi anda rasa siapa paling bersalah? - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-3-2026 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058482 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.