CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Filem WHITE RAJAH Mula Penggambaran Tahun Depan

2-7-2013 11:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5491| Komen: 4

Filem ‘White Rajah’ Dengan Kos US$15 Juta Mula Penggambaran Tahun Depan



KUCHING – Filem berjudul ‘White Rajah’ dengan kos kira-kira US$15juta (US$1: RM3.2) yang mengisahkan kecintaan James Brooke terhadap keindahan, hidupan liar serta budaya masyarakat Melayu, Dayak dan Cinadi Sarawak, dijangka memulakan penggambarannya tahun depan.

Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Margate House Films, Rob Allyn berkata syarikatnya berganding bahu dengan Brooke Trust, yang akan bertindak sebagai penasihat teknikal, untuk memberi nasihat tentang kandungan sejarah, reka bentuk bangunan dan kenderaan air yang akan digunakan dalam filem berkenaan.

“Memang terdapat banyak pantai yang indah, hutan, sungai, hidupan liar, kemudahan pelancongan dan studio filem tercanggih di rantau ini, tapi untuk membuat penggambaran bagi keseluruhan atau sebahagian daripada filem ini di Malaysia, tempat kisah ini sebenarnya berlaku, menjadi impian pengeluar filem ini.

“Kami datang ke sini atas jemputan keluarga Brooke dan kerajaan untuk menjejaki laluan yang pernah diterokai Rajah dan meninjau samaada filem yang melibatkan perbelanjaan yang begitu besar ini sesuai dibuat penggambarannya di sini,” katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Turut hadir Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Jason Brooke daripada Tabung Warisan Brooke.

“Berpandukan nasihat teknikal yang diberi Brooke Trust dan bantuanKementerian Pelancongan serta kerajaan Malaysia dan Sarawak, kamimerancang menghasilkan sebuah filem pengembaraan yang sarat dengan adegan lasak, romantik dan ranggi mengikut tradisi filem epik seperti ‘Braveheart’, ‘Gladiator’, ‘The Man Who Would Be King’, ‘Lawrence of Arabia’ dan ‘The Last of the Mohicans’.”

Beliau berkata Margate House Films dan Brooke Trust bercadang membina replika kapal ‘Royalist’ mengikut saiz asalnya, yang digunakan James Brooke untuk belayar ke Sarawak pada akhir 1830-an.

‘Royalist’ akan digunakan bagi penggambaran babak pelayaran James Brooke dan pertarungan dengan lanun. Kapal ini akan ditinggalkan di Kuching untuk dijadikan suatu daya tarikan warisan dan bahan pameran muzium,” katanya.

Beliau berkata seramai lapan pelakon terkenal Hollywood British-Australia disenaraikan sebagai mereka yang berpotensi untuk melakonkan watak Rajah Brooke dalam filem itu.
“Dengan adanya penglibatan bintang Hollywood, beratus krew penggambaran dari dalam dan luar negara, beribu-ribu pelakon tambahan dan wujudnya peluang pekerjaan, latihan dalam bidang perfileman serta peluang tontonan di seluruh dunia, ‘White Rajah’ boleh melonjakkan industri pelancongan di sini. Ia merupakan filem yang melibatkan perbelanjaan paling besar di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Jason, cucu kepada Anthony Brooke, yang bergelar Rajah Muda pada zaman pemerintahan Brooke, berkata Brooke Trust akan memberi sokongan penuh terhadap penghasilan filem itu.

“Brooke Trust amat gembira dengan keseluruhan pendekatan kreatif, perhatian terhadap kesahihan, kepekaan terhadap budaya dan sejarah Sarawak, kualiti skrip dan minat mendalam yang dipamerkan Margate HouseFilm terhadap penerbitan filem mengenai sejarah Rajah Brooke ini.

“Kami ke mari dengan harapan filem ini dapat dibuat penggambarannyadi sini. Filem seperti ‘White Rajah’ ini akan memberi manfaat besarkepada pelancongan, ekonomi, nama dan imej Sarawak,” katanya.


1

Bagus
3

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 3-7-2013 08:59 AM
bangga ker filem macam nih........
ptuihhh
Quote capiloton 3-7-2013 08:41 PM
baik buat movie kanang anak langkau ker..
rosli dhobi ker..
lagi baik..
Quote kakikuDibibirmu 22-7-2013 08:04 AM
lagi suka sandokan

sandokan

[youtube]uosMtExZOXQ[/youtube]

http://youtu.be/uosMtExZOXQ
Quote mitnick 22-7-2013 11:05 AM
cerita sarawak?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057203 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top