CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4779|Reply: 0

Aina Abdul Menang Vokal Terbaik AJL39

[Copy link]
Post time 4-2-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Aina Abdul cukup terkenal dengan kekuatan vokal dimilikinya sehingga setiap persembahannya menjadi tumpuan peminat.


Maka tidak hairan kemunculan Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, menerusi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.




IG




Bakal mempertaruhkan lagu Puas Sudah, penyanyi itu sudah pun 'berjaya' memenangi kategori Vokal Terbaik versi media sosial apabila meraih undian tertinggi.


Menerusi undian itu, Aina berjaya meraih hampir 30,000 undian secara individu sekali gus memperkukuhkan statusnya sebagai antara bintang berpengaruh dalam pertandingan AJL.


Penyanyi Nadeera yang tampil buat pertama kali di pentas AJL39 juga dijangka memberi persaingan sengit menerusi kategori Vokal Terbaik selain Hafiz Suip, Marsha dan Ernie Zakri.


Sesi undian versi media sosial AJL39 menerima jumlah keseluruhan sebanyak 40,000 undian yang dikumpulkan menerusi tiga pusingan.


Manakala pusingan akhir mencatatkan sebanyak 32,000 undian.


Undian versi media sosial ini berlangsung sejak 22 hingga 30 Januari lalu menerusi Instastory rasmi TV3.








Namun, penting untuk ditegaskan bahawa undian ini hanya bertujuan untuk keseronokan dan tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar di AJL39.


Sebanyak 10 buah lagu bakal bersaing iaitu Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah, Nadeera Zaini (Bukan Lagi Kita), Amir Masdi (Sengaja), Akim and The Majistret (Saksama), Hafiz Suip (Bersinar) dan Masdo feat Aisyah Aziz (Pujaanku).


Marsha Milan (Hening Rindu), Ernie Zakri (Aura), Hael Husaini (Diam), Benzooloo, Ghidd Isabatos, Meerfly, Tuju dan MK K-Clique (Risiko).


Malam kemuncak AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann yang akan berlangsung pada 16 Februari depan bermula 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.235483 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list