CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37601|Reply: 13

"Kami Tak Pasti Yassin Sihat Atau Tak" - Wahid

[Copy link]
Post time 4-2-2025 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Senario berharap orang ramai tidak terus melemparkan tuduhan dan spekulasi kurang tepat mengenai salah seorang anggotanya, Yassin yang kini keberadaannya masih menjadi tanda tanya umum.


Menurut Wahid, Senario tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut bagi menghormati pihak keluarga sebaliknya meminta orang ramai terus menitipkan doa buat Yassin.


“Bukan tak mahu beri kenyataan tetapi semua ini membabitkan Yassin dan keluarga. Lebih baik kita termasuk peminat dan netizen menghormati situasi ketika ini.




Yassin (berbaju merah jambu) sendiri tidak mengetahui keberadaan Yassin buat masa sekarang.




“Sebagai rakan, jika isterinya suruh sekali pun, kami tetap mendiamkan diri. Jadi, doakan yang terbaik, bukannya buat spekulasi bukan-bukan. Ini semua kerja Allah SWT,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Tambah Wahid, semua yang berlaku mempunyai hikmah dan dia yakin akan wujud sinar baharu buat Yassin satu hari nanti.


“Apa yang berlaku semuanya sudah tertulis. Saya percaya akan aada sesuatu yang baik akan berlaku selepas sapa yang Yassin lalui hari ini.


“Kita pernah lihat ramai yang pernah dihina, akhirnya dapat kemewahan, pangkat, darjat dan sebagainya. Moga Yassin juga begitu.


“Hari ini mungkin Yassin susah, tapi insya-Allah ada benda baik untuknya,” katanya lagi.


Berkongsi impak ketiadaan Yassin ketika ini, Wahid atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Mohamad mengakui sangat terkesan kerana menyifatkan sahabatnya itu sumber rezeki buatnya.


“Dia adalah sumber rezeki Senario. Tawaran rezeki kami melimpah ruah ketika Yassin ada.


“Yassin rajin mencari ‘show’. Saya pula hanya tahu balik Ipoh, Perak dan tidur. Cukup masa, Yassin akan hubungi beritahu ada show dan kami sertai sahaja.


“Yassin dan Azlee banyak dapatkan undangan persembahan. Kalau Azlee dan Yassin tiada, mungkin Senario pun tiada kerja sebab anggota lain semuanya pemalu,” tuturnya.


Mengulas kesihatan Yassin, Wahid berkata, dia tidak boleh memberikan jawapan kerana tidak dapat menghubunginya.


“Buat masa ini, kami tak pasti Yassin sihat atau tidak. Kami tidak berhubung dengannya,” katanya.


Sementara itu, Wahid menasihatkan netizen tidak berfikiran bukan-bukan mengenai Yassin, sebaliknya doakan yang baik-baik.


Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.


Pelawak itu dilaporkan sedang menjalani tempoh hukuman penjara selama enam bulan di negara tersebut. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.


Difahamkan, pelawak berkenaan dijangka dibebaskan lebih awal daripada tempoh ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.




Sumber– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apesal pakya jadi duta jakel lagak cam oku tahan berak? X hyperr mcm dlm sepahtu? Pelik pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa dengan ayat ni? yang tidak2 aje

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhhh. Asyik Netizen je kena doa yg baik2 utk si pendadih. Walhal si pendadih rilekkk je bwk dadih seberang laut. LAMBERTTTTT lagi nak kesian. Mmpos kau sana. Sendiri makan taik, nk suruh org basuhkan molot kau plk. Byk cantik muka engko.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la ayat cover member baek punya.. jawap camtu kami dh faham dh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yassin (berbaju merah jambu) sendiri tidak mengetahui keberadaan Yassin buat masa sekarang. -- caption kat gambar. Sis keliruuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 4-2-2025 09:07 PM
ok la ayat cover member baek punya.. jawap camtu kami dh faham dh..

ayat org matang.. tp wahid mmg antara yg xde kontroversi dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
pichee replied at 4-2-2025 03:48 PM
ayat org matang.. tp wahid mmg antara yg xde kontroversi dlu..

Mgkin sebab ni diorang boleh baik sampai sekarang. Aib ke apa, masing2 sorok diam2. Ada job, jalan.

Wahid ni i rasa cerita paling kontroversi pun dia nak terjatuh hati dgn kakak/adik sndiri yg dibela oleh org lain kan? Ke tu apek? I rasa tu wahid..

Bini yasin pun senyap je lah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Si dia di Saudi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang la. Sekarang musim retis lama buat concert.. tiket pon laku keras. Yassin xde ni terganggu la aktiviti yg dorang dah rancang.
Aku suka dengar lagu lawak2 zaman dulu macam cari tapak/cepat kaya (senario), kopi dangdut (salleh yakob) & ayam/makan (jalil hamid)
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 12:49 PM | Show all posts
wahid dah bagi hint tu ..yassin ada bini. g la tanya sana. g tanya senahriiioo buat gapo
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 04:22 PM | Show all posts
Saya pula hanya tahu balik Ipoh, Perak dan tidur. Cukup masa, Yassin akan hubungi beritahu ada show dan kami sertai sahaja.


red flag

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 05:39 PM | Show all posts
tuduhan dan spekulasi kurang tepat

dpt apa aje kalau speku / tuduh si pendadih tu??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 05:40 PM | Show all posts

mcm asshole aje kan bunyiknya.. dah tua tp bodoe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059302 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list