CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9672|Reply: 6

Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Menjadi sebutan ramai gara-gara membawa watak Eshaal dalam drama Curang Tanpa Niat, pelakon Shukri Yahaya mendedahkan ia merupakan nashkah yang paling sukar untuk dilakonkan sepanjang kariernya.

Mengakui dirinya juga tidak menyukai watak yang dibawa itu, Shukri, 37, meluahkan rasa takut jika watak tersebut membuatkan netizen membencinya dalam satu tempoh masa yang lama.



“Saya sendiri yang melakonkan pun benci dengan watak tersebut. Saya terima (watak) itu sebab mereka berikan kepercayaan kepada saya kerana mahu mencabar tahap lakonan saya.

“Saya akui berasa takut bila nanti orang ramai benci saya terlalu lama (disebabkan watak itu). Dan apa yang saya boleh beritahu adalah cerita ini merupakan paling susah untuk saya buat sepanjang karier (sebagai pelakon),” katanya kepada mStar.

  


Mengenai gaya rambutnya yang kelihatan tidak terurus dalam drama tersebut, Shukri menjelaskan ia adalah satu rancangan untuk membuatkan Eshaal lebih dibenci.

“Saya yang minta untuk buat rambut tersebut sebab bila orang sudah benci ini, dia akan serang kita punya fizikal. Dan antaranya ialah rambut saya. Jadi, setiap hari saya kerintingkan rambut itu sendiri,” ujarnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
arghhhh stress betul couple terpaling play victim ..si eshial & astrid astro..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm geli n jijik je dgn shukri nih
Dah la belakon pun x best...x hensem..nmpk hanyir jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-2-2025 06:06 PM
Mcm geli n jijik je dgn shukri nih
Dah la belakon pun x best...x hensem..nmpk hanyir jah

Lakonan heols ok jah sis klu banding ngan second hero tu muka je elok tp lakonan kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 07:07 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-2-2025 06:06 PM
Mcm geli n jijik je dgn shukri nih
Dah la belakon pun x best...x hensem..nmpk hanyir jah

heols jauh bertiang lg hensem dari patah amin di mata iols....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
SY ni kepam sekarang - dia kena rajin buat facial, laser bagai Kalau malas nak jaga skincare memang nampak kepam okay
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2025 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy ni ok je berlakon. Cuma sejak famous asyik berlakin citer baran citer jerit2. So meols reject dan nyampah. Ko mmg kepam yerrrr. Dan busuk.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.054147 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list