Sebilah pegang berusia lebih 3,000 tahun ditemui ahli arkeologi di tapak pengebumian di Bavaria, Jerman. Pejabat Negeri Bavaria dalam satu kenyataan berkata, pedang berkenaan ditemui dalam keadaan sangat baik dan bilahnya masih berkilau.
Artifak berkenaan ditemui minggu lepas di tapak pengebumian Donau-Ries dan pakar penyelidik percaya ia ditinggalkan dalam kubur sebagai hadiah kepada si mati. Pedang tersebut dipercayai dibuat pada hujung abad ke-14 iaitu pada Zaman Gangsa Pertengahan. Tambah kenyataan tersebut, hulu pedang berkenaan berbentuk oktagon dan diperbuat sepenuhnya daripada gangsa. Ahli arkeologi percaya pedang yang ditemui itu merupakan senjata sebenar yang digunakan pada zaman itu.
Ia ditemui dalam sebuah kubur yang mengandungi tiga mayat, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai dikebumi pada waktu yang sama. Hubungan antara mereka masih tidak dapat dikenal pasti namun mereka dikebumi dengan pelbagai artifak lain. Sumber: AWANI
|
shamsadis replied at 20-6-2023 12:29 PM
aku tak faham, 3,000 tahun, abad ke-14....?
kucingitam replied at 20-6-2023 12:31 PM
3000 tahun ni zaman firaun la kan..
tripleid replied at 20-6-2023 12:56 PM
Fun fact: Pedang jerman ni dah berusia 2500 tahun masa Hang Tuah dok bersilat dgn Hang Jebat pakai ...
green~tea replied at 20-6-2023 01:29 PM
Last weekend kitorg berjalan ke masjid Tok Machap... salah seorang pembesar kesultanan Melaka... h ...
tripleid replied at 20-6-2023 01:38 PM
ntah la sis..iols je ke yg rasa kesultanan Melaka ni mcm overrated??
green~tea replied at 20-6-2023 01:46 PM
I tak rasa its overrated...
Cumanya the reputation has been ruined or painted with ugly pictures ...
pittjie replied at 20-6-2023 04:28 PM
dulu2 pun aku tak angkat port sgt dgn sejarah kesultanan melaka ni. tapi kelmarin terbaca pasal ke ...
tripleid replied at 20-6-2023 01:38 PM
ntah la sis..iols je ke yg rasa kesultanan Melaka ni mcm overrated??
Decaffeinated replied at 20-6-2023 04:45 PM
Pelik sebab tak ada bukti yang tinggal pada hal zaman tu teknologi pembinaan dah wujud.
pittjie replied at 20-6-2023 04:28 PM
dulu2 pun aku tak angkat port sgt dgn sejarah kesultanan melaka ni. tapi kelmarin terbaca pasal ke ...
shop_girl replied at 20-6-2023 05:10 PM
Menariknya info yg ko dpt ni..ada link tak? Mohon share. Mungkinkah istana Melaka dibina dari kayu ...
mdmy replied at 20-6-2023 05:30 PM
nak tau lebih banyak fasal melaka kena pergi ke perpustakaan di Portugal. Adik I sempat baca sikit ...
ADVERTISEMENT