Seorang wanita berkongsi satu video di TikTok memaparkan keadaan rumah sewanya yang jijik dan dipenuhi dengan najis kucing. Wanita dikenali sebagai Bayu itu memberitahu bahawa dia merupakan pemilik rumah berkenaan dan membenarkan seorang lelaki duduk di situ tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Difahamkan, Bayu memberi individu itu tinggal secara percuma memandangkan mereka mempunyai tali persaudaraan. Bagaimanapunrumah yang masih dihuni individu terbabit dipenuhi dengan najis kucing yang dibungkus dalam beg plastik. "Dia dah tinggal situ hampir lima tahun. Sebelum ni okay, rumah bersih je. Tapi tahun lepas dalam bulan 9 macam tu, kak Bayu minta dia pindah. "Mungkin sebab tu, dia siap simpan najis kucing. Kali terakhir saya masuk rumah tu bulan Ogos tahun lepas. Dalam plastik tu, semua pasir yang dah bercampur dengan najis kucing."
Tambah Bayu lagi, sebelum ini dia pernah memberitahu keluarga lelaki terbabit namun tiada sebarang tindakan di ambil. "Saya dah hubungi orang tu dan saya diberitahu individu terbabit menghidapi minor strok selama tiga bulan dan disahkan menghidap penyakit saraf. "Jadi dalam masa tiga bulan tu, dia tak dapat angkat berat sebab tu dia simpan najis kucing di rumah tu. Dia tinggal sendirian dan tak beritahu keluarga apa yang terjadi kepadanya." Menurut Bayu, individu terbabit sudah berjanji untuk membersihkan rumah tersebut. -CARI |
husie91 replied at 20-6-2023 02:51 PM
Dah tgok sebelum ni lg vdeo ni mmg jijik weyy tapi kalau tgok vtt owner ni yg lain dia bgtau penyewa ...
ADVERTISEMENT