CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Pengebumian Buat Cabutan Bertuah, Tetamu Diberi Hadiah Lembu Dan Beras

20-6-2023 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 252| Komen: 1

BANGKOK – Satu upacara pengebumian di wilayah Buriram, Thailand menjadi tumpuan orang ramai kerana menawarkan hadiah berupa 1.5 tan beras dan lima ekor lembu kepada tetamu yang bertuah.

Thaiger melaporkan, upacara pengebumian seorang wanita bernama Wun Chongchaingam, 92, itu berlangsung di Wat Pa Non-Somboon.


Ramai penduduk kampung menghadiri acara tersebut untuk memberi penghormatan dan mencuba nasib memenangi pelbagai hadiah dengan nilai mencecah 200,000 baht (RM26,570).

Foto: Sanook

Empat ekor lembu dihadiahkan kepada individu miskin dari empat kampung, manakala seekor lembu lagi menjadi milik tetamu dalam acara cabutan bertuah. Tetamu sebelum itu mendapat nombor cabutan pada beg beras yang mereka terima.

Selain lembu, penganjur acara itu juga menyediakan lebih 700 kampit beras, masing-masing seberat 2 kilogram sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir.


Jakkrit Chongchaingam, 57, yang merupakan anak bongsu Wun berkata, mendiang ibunya mengajar dia dan tujuh adik-beradiknya prinsip ‘lebih banyak memberi, lebih banyak menerima’.

Ketika Wun meninggal dunia, Jakkrit dan empat adik-beradiknya yang lain memutuskan untuk menganjurkan upacara pengebumian secara bukan konvensional dengan menjadikan beras dan lembu sebagai sedekah untuk menghormati didikan ibu mereka. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-6-2023 08:44 AM
wooo majlis mati have have

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056139 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top