CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

55 Kali Tak Gagal Buat Kejutan Untuk Isteri, Hafiz Mahamad Siap Sewa 1 Panggung!

19-6-2023 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3880| Komen: 47

Pempengaruh yang dikenali sebagai seorang pemurah, Hafiz Mahamad kali ini mencuri tumpuan selepas membuat kejutan untuk isterinya.


IG


Ia sempena ulang tahun kelahiran Syafiqah Aina dan difahamkan, isterinya itu mengambil masa yang lama untuk kembali bertenang selepas terharu dan sebak atas pemberian suaminya itu.

Dalam hantaran di Instagram, Hafiz memuat naik video memaparkan isterinya sedang menangis sambil bermain telefon di atas sofa.



Biarpun tidak memberitahu suprise apakah yang dibuat olehnya untuk hari ulang tahun kelahiran Aina pada tahun ini, ramai membuat andaian bahawa pasangan tersebut bakal menunaikan ibadah Haji.

Dek sifat pemurah dan romantis Hafiz, ada juga netizen berseloroh mencari lelaki sepertinya di platform pembelian atas talian.



Namun, dalam hantaran terbaru, Hafiz berkongsi video menjelaskan kenapa isterinya itu tidak sudah-sudah menangis selepas menerima kejutan daripadanya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-6-2023 05:57 PM
Tak lalu nk tgk video2 dia ni. Aku skip je
Quote naina 19-6-2023 09:53 PM
Perawankota: Tak lalu nk tgk video2 dia ni. ...



Samaaa. Aku tak pernah habis tengok video2 dia..untuk orang berjiwa halus dan sensitif suka kot boleh layan. Aku tak suka..jadi cringe plak.
Quote Ayda89 20-6-2023 02:04 AM
Dia nak jadi artis ke sebenarnya dak apiz ni
Quote Nuyak 20-6-2023 11:04 AM
selalu duk rasa content je lebih...tak tau la duk rasa satu hari nanti si mamat ni mesti curang ...hahaha..dunia tipu2 ni i tak percaya...
Quote flipolivio 20-6-2023 11:06 AM
Nuyak replied at 20-6-2023 11:04 AM
selalu duk rasa content je lebih...tak tau la duk rasa satu hari nanti si mamat ni mesti curang ...h ...

I pulak rasa dia xcurang kot..kalau dia curang..busuk nama heols..confirm ummah melaya kutuk heols
Quote lifeline 20-6-2023 11:19 AM
iols selama ni pon mmg  xsuka dia sbb bajet sgt semua nk tunjuk pastu rasa lakonan sgt2 semua utk content

tp bab dia serprise mentua dia sekali p haji smpai teresak esak ayah mentua dia
iols pon tersentuh
tetap tak suka tapi puji la apa dia buat ni
Quote nellyberry 20-6-2023 11:26 AM
Bestnya dpt pegi haji masa muda.
Tapi harapnya takde la content-content masa buat ibadah kat sana nanti.
Mesti theyols ambik pakej mahal, tp mcm pelik jugak kalau betul-betul suprise. Sbb bukan ke nak pegi haji kena buat pemeriksaan perubatan bagai?
Mesti Aina, mak ngan ayah mertua dia dah tahu. Kalau tak, takkan bole dpt visa haji.
Iols mmg tak suka sangat si HM nih. Cringe.
Quote lifeline 20-6-2023 11:41 AM
nellyberry replied at 20-6-2023 11:26 AM
Bestnya dpt pegi haji masa muda.
Tapi harapnya takde la content-content masa buat ibadah kat sana na ...

rasanya mmg dah ada plan kot nk p haji kot
sbb aya tahfiz ni visa kita dah lulus ha gituuu
cuma part ayah dia nangis tu iols tacing gak la
mcm betul2 surprise pon ye jugak
aina maybe dh tahu plan ke haji
parents dia la tahu ke x eh rasanya
Quote Nuyak 20-6-2023 02:15 PM
flipolivio replied at 20-6-2023 11:06 AM
I pulak rasa dia xcurang kot..kalau dia curang..busuk nama heols..confirm ummah melaya kutuk heols

kita tengok dalam 10 tahun lagi..dia berjaya tak kekalkan "kejayaan untuk kebahagiaan" dia tu...hehehe
Quote Sazreena 20-6-2023 04:48 PM
Dah baik drpd kena santau ke? Benda boleh je bitau over dinner tapi taaakk...nak jugak buat seprais kekdahnya. Tolong tukar tagline tu sket..Kepoyoan Demi Kelangsungan atau Pertunjukan Demi Pujian..geytuh luahan hati hitamku.
Quote Suchi 20-6-2023 09:37 PM
Dari zaman bercinta dia buat gini dan sampai skrg masih gini oklaah cuma yelaa risau juga la kan takut diuji nnt.
Katanya kenal aina drpd sekolah, drpd takde apa2 sampai dah ada apa2.
Wife nampak cam seorang yg baik dan lemah lembut.

Semuanya skrg ni terpulang pada si hafiz datanglaa mcm2 pemunah umah tangga spesis penyondol ke apa selagi dia tak “buka” untuk depa selagi tu laa umahtangga depa ni akan bertahan.
Quote nellyberry 21-6-2023 08:44 AM
Suchi replied at 20-6-2023 09:37 PM
Dari zaman bercinta dia buat gini dan sampai skrg masih gini oklaah cuma yelaa risau juga la kan tak ...

Penat jugak jadi Suprise Planner nih.Tp iols rasa heols ada team yg hebat jugak utk content / markerting sebegini.

Tiap-tiap tahun kena pikir apa story telling dan kejutan nak kena buat.
And kena make sure suprise tu lagi gah dari yg sebelum-sebelum ni.
Harapnya nanti takde la kejutan dari 'penyondol' ke apa pulak.
Ummah Malaysia ni bukan apa, masa bagus dipuja-dipuji, kalau dah bab curang nih mmg kena cerca terus.





Quote flipolivio 21-6-2023 08:49 AM
Nuyak replied at 20-6-2023 02:15 PM
kita tengok dalam 10 tahun lagi..dia berjaya tak kekalkan "kejayaan untuk kebahagiaan" dia tu...he ...

Utk org yg nk nmpk baik depan public.. i rasa dia xkn curang la.. kalau dia curang.. mmg confirm dikeji serata alam..
Quote Nuyak 21-6-2023 08:51 AM
flipolivio replied at 21-6-2023 08:49 AM
Utk org yg nk nmpk baik depan public.. i rasa dia xkn curang la.. kalau dia curang.. mmg confirm d ...

Moga dia berjaya kekalkan imej baik tu..jangan jadi mcm EL, dulu orang dah rasa something fishy ...sekarang terbongkar da semua...huhu
Quote leenali 21-6-2023 09:46 AM
Semua benda dia nk suprise ke? Smpi 55 kali lak tu hahahaha
Tp pernah la iol terjumpa 2 mahkluk ni.. laki jln menonong kedepan.. bini kedek2 kt belakang.. budget org kenal la kiri kanan hahaha teda sapa peduli pong..
Quote kerani_je 21-6-2023 10:59 AM
Bosannnn. Akan ku skip video die ni dari awal. Lebih kpd content utk marketing brand die. Asyik dgn surprise muak tgk.
Quote aciksenah 21-6-2023 02:11 PM
Ayda89 replied at 20-6-2023 02:04 AM
Dia nak jadi artis ke sebenarnya dak apiz ni

Tu cara marketing dia la chuols...dia ni memang perasan, setiap kali pempengaruh lain buat apa2 yang hebat. Dia akan buat jugak. Dari situ orang akan kenal dia..dan akan curious nak tau apa pencapaian dia sampai boleh buat kejutan mewah macam tu. Lps tu baru la orang tau..ooo..founder produk aina rupanya. So sesiapa yang tersayu pilu dengan diorang ni pakat la support beli product diorang. Gituhhh..ni orang panggil soft-selling. Tak ada beria nak tunjuk produk..paksa2 beli produk..tapi at the end..orang tertarik jugak untuk beli...agituuuu...


Quote aciksenah 21-6-2023 02:12 PM
kerani_je replied at 21-6-2023 10:59 AM
Bosannnn. Akan ku skip video die ni dari awal. Lebih kpd content utk marketing brand die. Asyik dgn  ...

Ya..memang pun..nak marketkan produk dia skali tu..so duit company boleh labur kat diri sendiri atas nama marketing...bijak diorang ni..
Quote reenz013 21-6-2023 02:47 PM
xpenah tgk video dia ni...x rasa nk tgk

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.032368 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top