CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alyah Kongsi Sisi Romantik Tok Ram Hadiahkan Peti Ais

19-6-2023 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1673| Komen: 8

Datin Alyah terbuka untuk berkongsi sisi romantik suaminya, Datuk Ramli MS, selepas 10 tahun melayari bahtera bersama maestro muzik popular negara itu.

Kata penyanyi itu, sepanjang tempoh bergelar isteri kepada Ramli, dia tidak terlepas daripada mereka yang bertanya tentang personaliti suaminya ketika berada di rumah.



IG

“Mungkin kerana dia nampak ‘loud’ dalam TV, jadi orang pun suka nak tanya. Tok Ram ni apa yang kita nampak di kaca TV begitulah juga dia di rumah.

“Dia tegas apabila melibatkan hal kerja, kalau dia sedang bekerja dalam studio tu janganlah kacau. Saya dah faham dah,” kongsi Alyah.

Alyah bagaimanapun tidak menolak suaminya itu seorang yang romantik dan mengambil berat dengan caranya yang tersendiri.

“Romantik kami dengan cara kami tersendiri. Ia datang secara natural, tak perlu paksa nak nampak manja tu.

“Tapi suami saya seorang yang mengambil berat walaupun dia tidak pernah tunjuk secara ‘obvious’. Macam baru-baru ini, dia hadiahkan peti ais supaya saya tidak perlu lagi turun naik ambil makanan.

“Sebab selepas menjalani pembedahan bariatric kita kena makan sejam sekali. Jadi bila dah ada peti ais kat atas ni (tingkat dua rumah), tak payah la turun ke bawah lagi malam-malam.

“Dia tak beritahu pun nak beli, tahu-tahu je benda tu dah ada kat atas ni,” katanya ketawa.



Tambah Alyah, suaminya juga akan sentiasa menghubunginya menerusi panggilan video jika dia bekerja di luar Kuala Lumpur.

“Walaupun cara bertanya tu cara dia kan, tapi itulah suami saya yang sentiasa mengambil berat,” ujar penyanyi Kisah Hati itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di Istana Budaya, baru-baru ini.


SUmber: BOOM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-6-2023 12:50 PM
try hard nak nampak romantik macam bbnu...
padahal raba2 tangan laki serhoper raba2 ikan siakap bersisik2 juga...
bukannya rasa ikan keli atau belut licin2 gittuhh macam pakai losyen...

Quote KBW2 19-6-2023 01:01 PM
tak rasa pelik ke filter camtu sekali
Quote winky1 19-6-2023 01:12 PM
peti ais tu kegunaan bersama...qualify ke sebagai hadiah
Quote moonela 19-6-2023 01:17 PM
Peti ais Smeg ka alyah?
Quote elzy 19-6-2023 01:36 PM
Okay la baru beli peti ais, selama ni takde peti ais rupanya..
Quote AnnaSendin 19-6-2023 01:44 PM
Yihhhh koserr. Semoga tade kejadian langgar melanggar lagilah lepas dapat peti ais.
Quote babelina 19-6-2023 04:53 PM
ptt la kurus ye.. bedah rupanya..
tp x taw dorg nie btl ke x romantik nye..
Quote cawanmilosuam 19-6-2023 05:01 PM
kesiannya aku kat dia ni.. bercerai jela.. cari bhagia sendiri, cinta x boleh dpaksa nok

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041340 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top