NIAT murni kumpulan nasyid terkenal Rabbani menghulurkan bantuan ke bumi Palestin selama ini nampaknya sudah disalah anggap oleh sesetengah pihak yang mempertikaikan usaha tersebut.
Namun, ia tidak mematahkan semangat Rabbani untuk terus membantu umat Islam di sana sehabis daya. Usaha mereka bersama Mapim untuk mengadakan Majlis Minum Petang Amal, Rebuild Gaza For A Nation semalam turut dipertikaikan pihak tertentu. "Memang hasrat untuk mengadakan Majlis Minum Petang Amal 'Rebuild Gaza For A Nation' ini juga ada insan-insan yang pertikai. Mereka kata, 'sudah-sudahlah Rabbani. Jangan buat lagi. Entah duit itu sampai ke tidak'. Tapi hari ini bukti, acara ini berjalan dengan lancarnya," kata salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz.
Azadan meyakinkan bahawa usaha mereka telus tiada penipuan. "Insya-ALLAH, saya yakin dengan usaha-usaha Mapim ini dan apa yang kami buat bukan tipu. Kami pun tak mampu nak makan duit haram... tidak ada yang bocor-bocor. Kita pun tahu makan duit haram itu memang haram. "Kenapa kita perlu bersangka buruk? Sedangkan orang yang mengata itu tidak mengeluarkan satu sen pun," katanya. Tambahnya, "orang kata biarlah menderma dan tutup mulut." Azadan berkata pihak Mapim ada memanggil pihaknya bermesyuarat sekali dua setiap bulan bagi membentangkan pelaksanaan bantuan kemanusiaan di Gaza itu. "Alhamdulillah kami dah buktikan isu Gaza ini bukan bermusim. Kami akan pastikan isu itu dikongsikan rakyat Malaysia dan tidak bermusim. "Mapim selalu memanggil kami bermesyuarat sebulan sekali atau dua kli a ntuk menunjukkan perancangan-perancangan dan projek-perojek yang mereka telah lakukan," katanya. Rabbani telah dilantik menjadi duta Rebuild Gaza Mapim. Rabbani juga merancang untuk ke Gaza pada Hari Raya Haji nanti
|
ADVERTISEMENT