CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Sejak Keluar Rumah Pada 31 Mei, Di Mana Muhamad Aidiel Zikri Abu Bakar?

15-6-2023 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 846| Komen: 6

Hulu Selangor: Polis hari ini meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki, Muhamad Aidiel Zikri Abu Bakar, 24 yang dilaporkan hilang sejak 31 Mei lalu.

Dia dikatakan keluar dari rumahnya di Bukit Sentosa, di sini pada 4.30 petang dan sehingga kini gagal ditemui.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan kehilangan pemuda itu dibuat pada 8.52 malam keesokan harinya.


Foto: Harian Metro

"Ketinggian lelaki ini kira-kira 170 sentimeter (cm), berbadan kurus, berkulit kuning langsat dan rambut hitam pendek.

"Pakaian terakhirnya sebelum hilang adalah baju T berkolar bulat lengan pendek, berseluar panjang dan berselipar," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi talian 012-6653097 atau 03-60282222 (Balai Polis Bukit Sentosa).-CARI


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-6-2023 06:50 PM
Di 'alam barzakh
Quote Skuau 15-6-2023 07:03 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-6-2023 06:50 PM
Di 'alam barzakh

lari ikut tino...letew.....
Quote rosedemon 16-6-2023 09:32 AM
mati or lari rumah dua tu je
Quote Kitty_catz 16-6-2023 07:26 PM

chuols nehhh

alam di sebalik mata... tu pasai tak nampak
Quote tikusmontok 16-6-2023 08:50 PM
Kena sorok ngan pondan?
Quote amyza 16-6-2023 08:56 PM
Ada kes kan remaja laki hilang, accident motor/terbabas mcm tu lah. Last2 jumpa tinggal rangka je.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.141360 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top