Oleh : TS LOO
Bermain kasut roda bukan sahaja diminati golongan muda kerana sukan ekstrem itu ternyata turut diminati seorang datuk berusia 67 tahun di wilayah ini. Supriyanto buat pertama kali diperkenalkan oleh anak saudaranya Agus, seorang jurulatih kasut beroda berhubung sukan kasut beroda. Sejak itu, Supriyanto jatuh hati dan memilih sukan kasut beroda sebagai aktiviti sihat yang mengisi masa lapang di hari tuanya.
Meskipun usianya telah lanjut, datuk yang mempunyai seorang cucu itu akan meluncur dengan kasut roda miliknya di jalan raya atau di tempat-tempat yang jarang dikunjungi orang ramai. “Timbul minat ini dari Agus, dia sering main. Dari melihat sahaja jadi tertarik,’’ kata Supriyanto semasa ditemui di rumahnya di Gamping Lor, Sleman, Sabtu lalu. Dari rasa tertarik itu, Supriyanto yang lebih mesra disapa Mbah Supri lantas mengikut setiap kali Agus melatih kanak-kanak bermain kasut roda. “Oleh kerana ingin mencuba, setiap kali ada kasut roda yang tidak digunakan, saya akan ambilnya untuk berlatih,’’ katanya sambil ketawa. Gelagat Mbah Supri ‘curi-curi’ menggunakan kasut roda dikesan Agus yang kemudiannya menawarkan warga emas itu belajar bermain sukan ekstrem berkenaan bersamanya. “Bila sudah diketahui, saya ditawarkan latihan. Tapi...,kan saya sudah tua, tidak dapat ikut pertandingan, jadi saya diajar sukan papan selaju dan kasut roda sahaja,’’ jelas Mbah Supri. Mbah Supri menjelaskan, selepas setahun dia belajar di jalanan, dia kini semakin mahir bermain papan selaju dan kasut roda pertama miliknya dibeli pada harga 1.5 juta rupiah (RM466). “Setiap hari, paling tidak saya akan bermain kasut roda selama dua jam. Kalau tidak keluar, rasanya seperti mahu gila,’’ tambah Mbah Supri sambil ketawa.- CARI Infonet Sumber info : http://www.kompas.com/ |
7
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
13
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT