CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cara CEO Farm Fresh Respon Kisah Viral Susu Miliknya

26-10-2015 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 30729| Komen: 88

Oleh Fyruz Hanna

Pada 17 Oktober lalu, Timothy Tiah dalam blognya mengecam produk keluaran Farm Fresh dan melarang orang ramai untuk membeli produk tenusu keluaran syarikat tersebut kerana kejadian 2 susu yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik.

Seperti gambar yang dikongsi, tarikh luput susu terbabit belum lagi tiba namun telah mengeluarkan rasa masam dan tidak baik untuk digunakan. Bukan sekali perkara ini berlaku padanya, namun telah 2 kali.


Terpanggil untuk membalas kenyataan yang diviralkan oleh Timothy dalam laman sosial adalah CEO Farm Fresh sendiri iaitu Loi Tuan Ee, dalam suratnya kepada pengguna dan surat peribadinya kepada Timothy.

Menurut surat maaf tersebut,syarikat tersebut telah menemui masalah di bahagian pemprosesan dalam susu yogurt yang menyebabkan rasa pada produk tersebut berlainan.

Loi dalam surat maaf itu sangat berterima kasih kepada pengguna namun berharap kejadian sebegini tidak menghilangkan kepercayaan terhadap jenama.

"Bagi mereka yang telah membeli susu masam, saya rasa apa yang kamu rasa. Dengan rendah diri saya minta maaf dan akan menggantikan dengan susu yang baru secepat mungkin."

Loi dalam surat tersebut juga bercerita panjang lebar mengenai kedudukan syarikat yang baru bermula 6 tahun lalu di Kota Tinggi yang hanya beroperasi dengan 80 ekor lembu. Setelah setahun, lembu bertambah menjadi 500 ekor (lembu yang diimport dari Australia).

"Produk kami tidak mengandungi bahan  awet atau mengandungi unsur pewarna tambahan"

"Jika kamu lihat usaha pekerja-pekerja kami, kami bermula dari 5 pagi untuk memberi ternakan makan, dan hanya akan berhenti pada 22 jam berikutnya, ia satu proses rutin yang sangat memenatkan. Saya harap, Timothy tidak berputus ada dengan produk kami.Saya juga berharap jika awak berpeluang untuk melawati ladang kami.

Sebagai pengusaha sendiri, Timothy sendiri faham mengenai cabaran dalam mengendalikan perniagaan dan berharap Farm Fresh dapat menangani krisi ini dengan baik di masa akan datang.

Timothy dalam tulisannya:

"Saya dapat bayangkan kamu menghadapi maslaah dengan ganti rugi serta kepercayaan daripada pengguna.Saya tak mahu tambah beban kamu. Dengan itu, 2 botol susu itu boleh didermakan kepada rumah anak yatim ataupun gelandangan."

Namun, Timothy tidak menjangka akan menerima rangkaian produk tenusu dari kilang terbabit.

Dan ingatlah segala cerita viral itu sangat mudah tersebar walaupun kesahihannya masih tidak pasti. -CARI Infonet.

21

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 26-10-2015 04:25 PM
Pengakhiran kisah yang menarik
Quote jaa139 26-10-2015 04:55 PM
Terharu dengan penjelasan ceo ni...terbaiklah..
Quote woddy 26-10-2015 04:59 PM
sedap susu ni....yogurt dia pun best....rasa fresh dia lain dari produk nestle...
Quote Emperor95 26-10-2015 05:03 PM
Best pula membacanya.
Quote yasinfi 26-10-2015 05:27 PM
barang2 yg fresh mmg mudah rosak..so masa beli try check dulu ya..dan zaman skrg susah nak dpt fresh2 tau..itupun sgt mahal
Quote outcast 26-10-2015 06:04 PM
wow malaysian brand .. ai suka
Quote pichee 26-10-2015 06:12 PM
i pn dh byk kali terkena ngn farm fresh..dpt yg masam..smpi skrg i dh xmo bli brand ni..bli brand lain je..geram tau...bru bukak tme nk mnm..sekali masam..terpakse buang..dh la mhl...bli plak yg 2 L tu...yg besar...
Quote lorelai 26-10-2015 06:52 PM
I pon geram ada 2 3 kali dpt masam tp kalau dpt yg x masam tu mmg segar.. smoga diorg perketatkan QC
Quote skystrike 26-10-2015 07:09 PM
Edited by skystrike at 26-10-2015 07:13 PM

susu brand farm fresh ni memang sedap....feveret aku ni....actually kalau korang tengok fb page dia banyak gak orang komplen susu dia ni senang rosak....sebab susu yg diorang proses ni memang terlalu fresh...x letak pengawet...maybe kena improve qc...
Quote Themilo 26-10-2015 07:09 PM
Holstein ni dulu ada butik susu kat rumah iols nih, tapi dah tutup
Quote setokinpurple 26-10-2015 08:54 PM
Susu ni memang sedap tp cepat abis tarikh. Yela tak ada bahan pengawet. Puji cara ceo ni jawab dgn baik sekali.
Quote awanearisu 26-10-2015 09:09 PM
nampak gaya ceo nya sangat komited.. apa kata kalau dapat yang masam, hubungi mereka.. mesti dapat tukar secara percuma..
Quote abangbikerz 26-10-2015 09:09 PM
Very pro reply
Quote mochi1098 26-10-2015 10:03 PM
Low fat mmg sedap. Coffee jugak. Tp slalu jugak la dapat yg masam. Walau baru Beli
Quote Mary_jane 26-10-2015 10:10 PM
Dah sampai ke kat klang valley? Nak try jugak.
Quote LuLu^Lost 26-10-2015 10:30 PM
Saya kerap juga beli coffee farm fresh. Beli yg besar punya. Dpt la minum 3 kali saiz mug. Tapi ada sekali tu..baru minum sekali..esoknya nak minum lagi dah masam dah. Lagipun produk premium tanpa pengawet sebab  tu mahal dan agak mudah rosak. Pernah terdetik nak email ke kilang diorg, tp asyik tak kesampaian je.

Kekdg rasa ketagih nak beli juga, saya akan tunggang terbalik botol tu. Nak rasa kepekatan dia. Kalau pekat maknakata dah rosak. Kalau kocak2 pun bunyi mcm ringan lagi...baru berani beli. Sebab member pernah terkena, tak bukak lagi....dah masam.
Quote skystrike 27-10-2015 12:42 AM
Mary_jane replied at 26-10-2015 10:10 PM
Dah sampai ke kat klang valley? Nak try jugak.

kat supermarket biasanya ada jual susu ni...
Quote lasagnaklcc 27-10-2015 01:13 AM
Nak try tapi masalahnya mcm tak perasan plak susu ni
Quote zawara 27-10-2015 01:22 AM
hmm dah terkena sekali mmg tak beli dah..first time nak try brand ni, baru bukak nak minum dah basi

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.083160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top