Mahmakah membebaskan lelaki yang mengerat, membakar dan merebus isterinya, selepas disokong rekod perubatan mempunyai sejarah penyakit mental pada 2004. Terdahulu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Sumatera Utara, Indonesia pada 12 November tahun lalu kerana berang sering dimaki.
Dalam keterangan mahkamah, Harapan Munthe didakwa merebus tangan isterinya, malah membakar kaki mangsa yang berusia 43 tahun. Memetik laman web rasmi SIPP PN Tarutung, dalam perbicaraan sebelum ini, Harapan didapati melakukan jenayah bunuh dan mengakibatkan kecederaan dan berdepan dengan pertuduhan di mana hukuman penjara seumur hidup jika sabit bersalah. Bagaimanapun, defendan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas perbuatannya kerana mengalami gangguan mental. Susulan itu, panel hakim di Mahkamah Daerah Tarutung membebaskan Harapan daripada pertuduhan membunuh isterinya.
Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Daerah Tarutung, Natanael Sitanggang berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pertimbangan hakim berhubung keadaan mental tertuduh. "Ia berdasarkan pertimbangan hakim terhadap keterangan perbicaraan, terutama keterangan pakar psikiatri, didapati ada gangguan mental dan sejarah menjadi pesakit di hospital mental," kata Nathanael kepada Kumparan, pada Khamis. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT