CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beradik Maut Sekaligus, Lori Terbabas Langgar Kren

9-6-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1376| Komen: 20

Description: ROMPIN – Tiga beradik menemui ajal selepas lori dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan- Johor Bahru.
ROMPIN – Tiga beradik menemui ajal selepas lori dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan- Johor Bahru.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah pemandu lori, Muhammad Solihin Abu Bakar, 21, serta dua kelindan iaitu Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, dan Ahmad Jazuly Abu Bakar,17.


Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 7.20 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum melanggar kren yang datang dari arah hadapan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan dua kelindan lori meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kren mengalami luka di bahagian badan,”katanya, di sini hari ini.


Loading FB Post...

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu lori yang memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 9-6-2023 09:42 AM
Allahuakbar.... x pasal2 jer....
Quote venom1 9-6-2023 10:03 AM
tengok dashcam xciden ni mmg ngeri. hancur terus lori tu
Quote twins 9-6-2023 10:11 AM
masa kemalangan hari dah senja... suasana senja ni biasanya kabur-kabur jer..jalan tu pulak mcm jln kampung kurang lampu... mgkn tu masalah pemandu lori tu .. apa-apa pun salam takziah pd keluarga 3 beradik tu... muda2 lagi semuanya....
Quote Decaffeinated 9-6-2023 10:22 AM
Depan belakang ada camera.

Tak sanggup nak ulas apa yang aku nampak.

Quote Decaffeinated 9-6-2023 10:24 AM
Tajuk tu bila tulis 3 beradik aku terus terbayang kanak2 9-10 tahun ikut bapa naik lori.

Kalau tulis 3 lelaki bersaudara mungkin lain sikit bunyinya kot.

Quote aHoi83 9-6-2023 10:42 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Micro sleep kah. Takziah buat keluarga mangsa
Quote Thunderclouds 9-6-2023 10:50 AM
Innalillah..
Mcm main tepon sbb tiba² masuk laluan seblah.
Jln mcm tu hadlaju dlm 60/70kmj.
Keta dashcam pn bwk 70++kmj.
Seb baik follow lori pd jarak selamat.
Quote Thunderclouds 9-6-2023 10:52 AM
Decaffeinated replied at 9-6-2023 10:22 AM
Depan belakang ada camera.

Tak sanggup nak ulas apa yang aku nampak.

Aku sambung blk nengok pas baca komen ko.
Xtgk sampai abes td.
Anxiety terus.
Quote venom1 9-6-2023 10:52 AM
Lori kren yang hampir keseluruhan besi tu pun boleh kemek depan dia bayangkan yang merempuh tu
Quote Decaffeinated 9-6-2023 10:57 AM
Thunderclouds replied at 9-6-2023 10:52 AM
Aku sambung blk nengok pas baca komen ko.
Xtgk sampai abes td.
Anxiety terus.

Nampak yang atas jalan tu?


Quote Thunderclouds 9-6-2023 11:08 AM
Decaffeinated replied at 9-6-2023 10:57 AM
Nampak yang atas jalan tu?

Dia bgerak baru perasan.
Igt debris xcident.
Quote supernaturalee 9-6-2023 11:18 AM

ada pergerakan tgh jalan tuhe's dying isn't it


mcmn laaa boleh pi sauk kren tu
micro sleep ke ape lah agknya

mntk simpang la ye
ghisa
Quote myakayina 9-6-2023 11:28 AM
Allahuakbar..meremang satu badan tengok video accident ni..ada yg tercampak atas jln tu..
Quote pp_gurl 9-6-2023 11:35 AM
Bila baca ni teringat ayah aku dulu sll naik lori kecik mcm ni dgn arwah adik dia, dan anak sedara diaorg. Umur lebih2 kurang. Kalau kena antar barang outstation mmg ber3 ni la pergi.. Semoga Allah mencucuri Rahmat-Nya kepada semua mangsa dalam kemalangan ni
Quote prettyuglybabe 9-6-2023 12:13 PM
kereta merah dgn black 4x4 tu tak menyempat sungguh..
yang 4x4 tu nasib baik tak kena langgar dengan kren mengundur tu..
Quote grouper 9-6-2023 12:38 PM
Innalillah...micro sleep ni..head on collision klau kenderaan ada airbag maybe blh selamat..
Quote asfaz 9-6-2023 10:44 PM
Screenshot_2023-06-09-22-38-45-24_f69139cffc4d135a71392e13634f144a.jpg
Screenshot_2023-06-09-22-26-07-11_f69139cffc4d135a71392e13634f144a.jpg

Baca Komen kat TT,salah sorang oku.
Quote MissVixen 9-6-2023 11:49 PM
Innalillah. Kesiannya.

Jalan rompin ke muadzam shah ni kecik. Dari dulu macam tu. Bahu jalan takde. Repair jalan takat tampal dan tambah tar sampai bahu jalan tinggi. Tayar boleh pecah kalau jatuh ke bawah atau langgar lubang. Lori kontena etc banyak lalu. Lorong memotong takde.
Quote batmana 10-6-2023 07:33 AM
nmpk bapa dia ditmuramah, mmg tabah betul, ckp dgn nada biasa je, tak meneriak ke apa..mmg tinggi iman org cmni..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059222 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top