Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, akui status sebagai anak Menteri Pendidikan memberi tekanan ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anak perempuan Fadhlina Sidek itu berkata, tekanan timbul apabila ramai meletakkan harapan tinggi kepadanya.
"Tekanan memang ada kerana pastinya orang akan meletakkan harapan tinggi kepada saya kerana mereka tahu saya anak Menteri Pendidikan. "Tetapi saya mengambil perkara itu sebagai satu cabaran dan Alhamdulillah saya gembira dengan keputusan yang saya peroleh hari ini," katanya. Beliau yang memperoleh 9A 2B+ ditemui ketika mengambil keputusan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pagi ini.
Fadhlina dan suami yang menemani anaknya turut dilihat memeluk erat Thurayya Fadhilah dan mengucapkan tahniah atas kejayaan itu. Thurayya Fadhilah turut meluahkan kesyukuran di atas kejayaan cemerlang yang diperoleh. Berkongsi hala tujunya, beliau berhasrat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Sumber Manusia. Sumber: Harian Metro
|
asmurai replied at 8-6-2023 08:34 PM
tak nak sambung jurusan STEM ke dik?
ADVERTISEMENT