Jabatan Kerja Raya (JKR) menafikan dakwaan rekahan pada Jambatan Bagan Datuk-Sejagop disebabkan penggunaan bahan murahan. JKR dalam kenyataan yang diakui Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut memaklumkan tiada rekahan pada jambatan itu sebaliknya, sambungan yang direka bentuk bagi proses pengembangan dan penguncupan konkrit.
Katanya, pada waktu video direkodkan, bahan untuk mengisi sambungan itu belum lagi dipasang. "Ingin dijelaskan bahawa gambar-gambar yang dipaparkan di dalam video tersebut adalah bukan di bawah seliaan pihak JKR Malaysia. "Kerjasama daripada semua pihak adalah amat diharapkan ke arah memastikan aset infrastruktur negara dapat diuruskan dengan optimum dan JKR terbuka untuk bekerjasama, menyalurkan maklumat yang te[at dan sahih kepada rakyat Malaysia," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
Samerosie replied at 9-6-2023 01:04 PM
Expansion joints je tak pasang lagi je bukan merekah nak pecah tu. Mmg kalau buat jalan mcm ni kena ...
Decaffeinated replied at 9-6-2023 07:11 PM
errr... concrete tak kembang. Yang kembang steel reinforement yang dok dalam concrete beam tu. Con ...
Samerosie replied at 9-6-2023 07:57 PM
No lah bro. Nature of the concrete itself expands (and shrinks) because it absorbs moisture esp i ...
Decaffeinated replied at 9-6-2023 11:11 PM
maksud aku konkrit tak kembang kuncup macam keluli lah
ADVERTISEMENT