CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tak Lena Tidur Anak Hilang Kerana Hutang

8-6-2023 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 565| Komen: 2

Description: Seorang bapa tidak lena tidur, berharap anak perempuan sulungnya yang menghilangkan diri sejak 1 Mei lalu segera pulang ke pangkuan keluarga.Tan Boon Chai, 57, berkata, anaknya, Tan Shu Chyi, 25, yang ...
Seorang bapa tidak lena tidur, berharap anak perempuan sulungnya yang menghilangkan diri sejak 1 Mei lalu segera pulang ke pangkuan keluarga.

Tan Boon Chai, 57, berkata, anaknya, Tan Shu Chyi, 25, yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah syarikat di Kuala Lumpur tidak dapat dihubungi menerusi telefon dan menghilang tanpa khabar berita.



TAN Boon Chai menunjukkan gambar anaknya, Tan Shu Chyi yang gagal dihubungi sejak 1 Mei lalu dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang di George Town, hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN

”Sebagai bapa, saya amat bimbang keadaan anak saya, dia bekerja di Kuala Lumpur sejak tahun lalu, sebelum ini kami selalu berhubung menerusi panggilan telefon.

“Tetapi sejak 1 Mei lalu, dia tiba-tiba menghilang dan kami sekeluarga tidak dapat tidur lena kerana memikirkan keselamatannya,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Parti Gerakan, di sini hari ini.


Yang turut hadir, Jurucakap Parti Gerakan Sungai Pinang, Mok Kok On.

Boon Chai yang bekerja sebagai kontraktor berkata, dia mengesyaki kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu berpunca daripada masalah hutang.

”Ini kerana pada pertengahan Mei lalu, saya menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan anak perempuan saya ada berhutang dengannya.

”Saya dimaklumkan anak saya berhutang kira-kira RM2,500 dan jumlah hutang ini telah meningkat sehingga RM6,000 (termasuk kadar faedah) dan mungkin jumlah ini akan terus meningkat,” katanya.

Tambahnya, dia amat berharap anak perempuannya itu pulang segera bagi berbincang dan menyelesaikan segala masalah supaya mereka sekeluarga dapat hidup tenang serta bahagia seperti dahulu.

”Apa sahaja masalah boleh diselesaikan bersama keluarga, cuma dia perlu pulang dengan selamat dan tidak menghilangkan diri.

”Saya tidak dapat mencarinya di Kuala Lumpur kerana dia tidak pernah dimaklumkan alamat tempat tinggalnya di sana, malah dia juga tidak mempunyai banyak kawan,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, dia juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu semalam kerana bimbang dengan keselamatannya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 8-6-2023 08:08 PM
eh kalau hilang sbb hutang 2500 tu mmg tak berbaloi lah, pinjam along haram ler ni bunga tak munasabah langsung
Quote KamikuP 9-6-2023 09:30 AM
Cina pun pinjam ahlong ekekekek

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061812 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top