Kematian bekas juruhebah popular tidak disedari jiran tetangganya sehinggalah mereka terhidu bau busuk. Thaiger melaporkan, Yayasan Penyelamat Sawang Phon Kuson Rayong, pihak berkuasa tempatan dan pegawai polis dari Balai Polis Muang Rayong pergi ke sebuah bilik sewa selepas jiran mengesan bau busuk pada 4 Jun lalu.
Difahamkan, mayat bekas juruhebah yang dikenali sebagai Yam, 77 yang ditemui itu dianggarkan meninggal dunia antara tiga hingga lima hari lalu. Selain itu, pihak berkuasa juga menemui diarinya yang mengandungi mesej mendakwa ada aktiviti paranormal di dalam bilik berkenaan. “Setiap malam ada hantu dalam bilik ini," tulisnya. Menurut pegawai, sebelum Yam, bilik yang disewa itu menyaksikan dua kematian di mana penyewa pertama menggantung diri, manakala penghuni kedua meninggal dunia tanpa sebab tidak diketahui.
Manakala portal berita Sanook yang dipetik Kosmo! Online melaporkan Yam dikatakan mengalami gangguan paranormal sehingga kematiannya. Mayat Yam dihantar ke Hospital Rayong untuk siasatan lanjut mengenai punca sebenar kematiannya. - CARI
|
pearl.silver: Rayong ni kat mana. Perak ka
Carcosa replied at 6-6-2023 10:24 PM
Weiiiii, gilalah.
Nih, mana team2 paranormal TikKetok yg bersepah2 tu?? Ye ye Ohhh je, pegi Banglo t ...
Carcosa replied at 6-6-2023 10:24 PM
Weiiiii, gilalah.
Nih, mana team2 paranormal TikKetok yg bersepah2 tu?? Ye ye Ohhh je, pegi Banglo t ...
asfaz replied at 7-6-2023 08:46 AM
3 penyewa ,3-3 mati
ADVERTISEMENT