CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis! Lelaki Mati Tergantung Pada Pintu ‘Roller Shutter’ Di Stesen Tren Bawah Tanah

6-6-2023 08:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1363| Komen: 8

Description: Seorang lelaki mati tergantung apabila kepala dan sebahagian badannya tersepit pada pintu ‘roller shutter’ di sebuah stesen tren bawah tanah di Belgium.Insiden itu berlaku pada waktu awal pagi di St ...
Seorang lelaki mati tergantung apabila kepala dan sebahagian badannya tersepit pada pintu ‘roller shutter’ di sebuah stesen tren bawah tanah di Belgium.

Insiden itu berlaku pada waktu awal pagi di Stesen Metro Rogier di tengah Brussels, minggu lalu.


Pengurus stesen yang enggan dinamakan berkata, mangsa masuk ke kawasan itu sejurus sebelum pintu mekanikal ‘roller shutter’ tersebut dibuka.


Utusan

“Kepala dan sebahagian dadanya tersepit sebaik sahaja ‘roller shutter’ tersebut dibuka menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa tergantung pada bahagian atas pintu mekanikal tersebut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba, Walter Derieuw berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.30 pagi (waktu tempatan) dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan namun usaha menyelamatkan nyawanya gagal membuahkan hasil.


“Kami percaya pintu automatik ini menyebabkan kaki mangsa tersangkut,” katanya.

Insiden seumpama itu adalah kali keempat dilaporkan berlaku di stesen tren bawah tanah di bandar Brussles.

Pada 31 Mac lalu, bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit dan tergantung pada pintu ‘roller shutter’.

Dua lagi insiden serupa direkodkan sebelum itu, namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-6-2023 09:05 PM
Meols mcm tak paham, cemana la dia boleh stuck mcm tu? Gegehla meols Gugel sana sini, sampai ke Reddit
Akhirnya meols ketemu jawapan. Sejenis penerima Darwin Award rupanya
Screenshot_20230606_205236_Chrome.jpg
Quote sailormars 6-6-2023 09:40 PM
seramnye mati tersepit mcm tu...
Quote naina 6-6-2023 11:23 PM
Aku xfaham pintu roller shutter tu cmne dan posisi mangsa pun aku xfhm. Kena tengok UTube la kot
Quote KamikuP 7-6-2023 08:15 AM
Final destination is real gais
Quote rosa_canina 7-6-2023 08:59 AM
mknanya jari dia yg tekan lubang kecik tu mgkin taksempat tarik
& pintu tu automatik terus bukak tarik dia skali ke?
Quote venom1 7-6-2023 09:08 AM
pokcik pernah bertugas di Belgium dulu dan stesen underground dia mmg gloomy dan kecil terutama kat area luar Brussels. Kadang2 risau dengan pick pocket atau mat africa mintak duit
Quote grouper 7-6-2023 09:17 AM
Kena sabar jap tunggu pintu buka..bukan lama pun
Quote venom1 7-6-2023 09:21 AM
Edited by venom1 at 7-6-2023 09:23 AM

contoh train kat area Rogier Belgium
1024px-Brussels_Metro_Rogier_01.jpg


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045798 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top