CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas DJ Alami Gangguan Paranormal Mati Dalam Bilik Berhantu

6-6-2023 08:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2218| Komen: 19

Description: Kematian bekas juruhebah popular tidak disedari jiran tetangganya sehinggalah mereka terhidu bau busuk.Thaiger melaporkan, Yayasan Penyelamat Sawang Phon Kuson Rayong, pihak berkuasa tempatan dan pega ...
Kematian bekas juruhebah popular tidak disedari jiran tetangganya sehinggalah mereka terhidu bau busuk.

Thaiger melaporkan, Yayasan Penyelamat Sawang Phon Kuson Rayong, pihak berkuasa tempatan dan pegawai polis dari Balai Polis Muang Rayong pergi ke sebuah bilik sewa selepas jiran mengesan bau busuk pada 4 Jun lalu. 



Seorang bekas DJ popular ditemui mati di dalam bilik berhantunya di daerah Rayong pada Ahad lalu. - Sanook

Difahamkan, mayat bekas juruhebah yang dikenali sebagai Yam, 77 yang ditemui itu dianggarkan meninggal dunia antara tiga hingga lima hari lalu.

Selain itu, pihak berkuasa juga menemui diarinya yang mengandungi mesej mendakwa ada aktiviti paranormal di dalam bilik berkenaan.

“Setiap malam ada hantu dalam bilik ini," tulisnya.

Menurut pegawai, sebelum Yam, bilik yang disewa itu menyaksikan dua kematian di mana penyewa pertama menggantung diri, manakala penghuni kedua meninggal dunia tanpa sebab tidak diketahui. 


Manakala portal berita Sanook yang dipetik Kosmo! Online melaporkan Yam dikatakan mengalami gangguan paranormal sehingga kematiannya.

Mayat Yam dihantar ke Hospital Rayong untuk siasatan lanjut mengenai punca sebenar kematiannya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 6-6-2023 09:39 PM
Inspirasi utk filem horror siam akan datang
Quote sailormars 6-6-2023 09:41 PM
aiyak...seram juga kes nie
Quote Carcosa 6-6-2023 10:24 PM
Weiiiii, gilalah.
Nih, mana team2 paranormal TikKetok yg bersepah2 tu?? Ye ye Ohhh je, pegi Banglo tu la, banglo ni la. Tapi hampeh. Sikit2, "Gais tgk tu gais. Ada angin hembusan gais. Eh gais, ada nampak tak tu cahaya gais. Apa bunyi2 tu gais. Tempat ni agak keras gais".
Hah suruh diorang dtg bilik sewa ni. Tgk sempat tak gais2 kat Live diorang.
Quote pearl.silver 6-6-2023 10:27 PM
Rayong ni kat mana. Perak ka
Quote LautBiru52 6-6-2023 10:56 PM
Ok seram. Dah ade 2 orang mati dkt rumah tu tapi masih stay walaupun diri sendiri pun kena kacau.
Quote scidbu 7-6-2023 07:50 AM
pearl.silver: Rayong ni kat mana. Perak ka


Thailand laaa mat
Quote venom1 7-6-2023 07:51 AM
Pasang CCTV dalam rumah tu lepas ni..mana tau ada ju onn ke ada gula2 dalam tu
Quote midori888 7-6-2023 08:02 AM
what bout bilik lain dlm rumah tu, ker ada satu jer bilik dlm umah tu...
Quote KamikuP 7-6-2023 08:14 AM
pearl.silver: Rayong ni kat mana. Perak ka


Sayong kat Perak, Rayong kat Siam.. dekat juga le

Quote rospinki 7-6-2023 08:34 AM
Carcosa replied at 6-6-2023 10:24 PM
Weiiiii, gilalah.
Nih, mana team2 paranormal TikKetok yg bersepah2 tu?? Ye ye Ohhh je, pegi Banglo t ...

mesti team tempe konoha tu kan
Quote asfaz 7-6-2023 08:46 AM
3 penyewa ,3-3 mati
Quote asfaz 7-6-2023 08:48 AM
Carcosa replied at 6-6-2023 10:24 PM
Weiiiii, gilalah.
Nih, mana team2 paranormal TikKetok yg bersepah2 tu?? Ye ye Ohhh je, pegi Banglo t ...

Tak mati sawan terus geng2 tu
Quote B40tastePosh 7-6-2023 08:49 AM



Quote kucingitam 7-6-2023 08:53 AM
woi TT, tak belajar buat karangan ke..ingat semua org tau Rayong tu kat mana?
Quote gideoncross 11-6-2023 11:42 PM
Trkjut tngok gmbr llaki pkai PPE tu, kat tngh2 pintu, dh ala2 pocong skit.
Quote Zack8hunter 11-6-2023 11:43 PM
umur pun dah 77 thn
Quote zuuu 12-6-2023 04:02 AM
asfaz replied at 7-6-2023 08:46 AM
3 penyewa ,3-3 mati

Mohon jangan bagi sewa dah rumah tu pasni
Quote elzy 12-6-2023 08:30 AM
Betul keras tempat ni.. Boleh gazette untuk aktiviti paranormal TT..
Quote Burong_Hantuk 12-6-2023 09:38 AM
rest in peace!!!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.111160 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top