CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Double Six: 'Siapa Ambil Kotak Hitam...' - Jeffrey Kitingan

6-6-2023 07:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 454| Komen: 2

Description: Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai kotak hitam pesawat pesawat Nomad yang terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antar ...
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai kotak hitam pesawat pesawat Nomad yang terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada 6 Jun 1976.


Beliau berkata, peralatan penting berkenaan yang mesti ada dalam setiap kapal terbang termasuk pesawat Nomad buatan Australia itu.

Katanya, laporan bahawa pesawat itu tidak dilengkapi kotak hitam menimbulkan persoalan memandangkan semua pesawat sepatutnya memiliki peralatan penting berkenaan.

Foto pesawat ringan GAF Nomad milik Sabah Air yang terhempas bersama mangsa yang terkorban dalam Tragedi ‘Double Six’ pada 1976 dipamerkan di Galeri Double Six di Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. - NSTP/Foto Fail

"Saya ingat semua kapal terbang ada kotak hitam, setiap kapal terbang mesti ada kotak hitam," katanya kepada pemberita selepas upacara memberi penghormatan sempena 47 tahun nahas kepada mangsa tragedi itu di Tugu Peringatan Double Six di Sembulan, dekat sini, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah II Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai serta ahli keluarga mangsa nahas pesawat berkenaan.

Tragedi Double Six merujuk kepada nahas pesawat Nomad yang terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di perairan Kampung Sembulan pada 6 Jun 1976.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan yang dinaiki Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Fuad Stephens dan beberapa anggota Kabinet negeri dalam penerbangan dari Labuan.

Semua penumpang termasuk juruterbang pesawat berkenaan terkorban.

Jeffrey berkata, persoalan mengenai kotak hitam itu sangat penting kerana ia mungkin memberi maklumat yang lebih terperinci mengenai apa yang berlaku 47 tahun lalu.

Katanya, ramai yang masih tertanya-tanya sama ada kotak hitam itu hilang atau dihilangkan kerana sehingga kini tidak dapat dikesan.

"Sebab itu tidak hairanlah rakyat kita masih menunggu jawapan mengenai persoalan yang bermain di kepala mereka.

"Sekarang sudah 47 tahun, sudah begitu lama dan bagi pihak kerajaan, saya turut simpati dengan keluarga mangsa serta saudara dan rakyat kerana fikiran mereka belum tenang hingga sekarang.

"Saya harap nanti semua ini dapat diselesaikan sepenuhnya dan saya tidak percaya kotak hitam itu tidak boleh dicari. Insiden itu hanya berlaku di sini, tidak sukar mencari. Ia sepatutnya ada bersama kapal terbang pada masa itu, jadi siapa yang ambil kotak hitam," katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan Sabah menyerahkan kepada keluarga mangsa tragedi Double Six mengenai tindakan lanjut mereka selepas laporan berhubung insiden itu dikeluarkan, April lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (depan tengah) bersama pemimpin negeri dan waris mangsa di hadapan Tugu Peringatan Double Six sempena 47 tahun insiden pesawat Nomad terhempas di perairan Kampung Sembulan, Kota Kinabalu. - NSTP/IZWAN ABDULLAH

Beliau yangjuga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), berkata kerajaan negeri menyokong apa sahaja yang dimahukan ahli keluarga mangsa selagi tindakan itu disifatkan sebagai perkara betul untuk dilakukan.

Katanya, ia berkaitan usaha mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung siasatan yang dibuat sebelum ini termasuk persoalan mengenai kotak hitam pesawat.

"Saya fikir ia terpulang kepada keluarga (untuk meminta apa yang mereka mahukan). Kerajaan menyokong apa sahaja yang keluarga mereka mahu selagi ia adalah perkara yang betul dibuat," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-6-2023 08:39 PM
Ntah. Dah 47 tahun, totap tiada jawapan.

MH370 pun ntah2 50 tahun akan datang masih kekal misteri.
Quote dua_chzy 6-6-2023 08:40 PM
Mungkin boleh tanya urang yang naik jadik Ketua Menteri selepas trajedi ni.

Heh.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041365 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top