Oleh Fyruz Hanna
Sejak bila perkataan 'naik' itu menjadi sesuatu yang berhantu untuk didengar. Pelik bukan? Hidup dibandar ini semua benda naik harga. Namun yang satu juga seperti nampak sama, iaitu gaji. Sebenarnya berapakah pendapatan yang mencukupi untuk hidup di sebuah bandar raya seperti Kuala Lumpur ini?. Seperti yang dikongsikan oleh Sukan Star, pendapatan RM4500 masih tidak mampu untuk menyimpan apa-apa. Satu carta diviral untuk mereka berpendapatan kira-kira RM4500 (untuk mereka yang bekerja pejabat) dan hanya menerima gaji bersih setelah ditolak cukai hanyalah RM3885.
Jom perhatikan Perbelanjaan Bulanan Lelaki ini: Kereta (RM500) Rumah (RM800) Dapur (RM600) Minyak Kereta (RM220) Tol (RM220) Kirim Keluarga (RM100) Nafkah Isteri (RM100) Anak (RM526) Makan Tengah Hari (RM176) Kereta (RM200) Bil Elektrik (RM80) Bil Air (RM30) Telefon, Internet (200) Jumlah : RM3904 Jumlah Kos: RM3904 Baki: RM3885 Kurang: RM19 Dapat dilihat daripada jumlah di atas, kekurangan sebanyak RM19 untuk kos utama yang perlu dilunaskan secara bulanan. Perkara ini dipersetujui dan dikongsi oleh ramai netizen didalam Facebook, namun ada juga yang membidas dengan menyatakan tak semua perkara yang berlaku itu disebabkan oleh kenaikan harga barang yang berlaku. Pengurusan kewangan seseorang individu juga penting dan perlu diambil kira dan tabiat berbelanja dan menahan nafsu harus dikawal sedari kecil. Survival di bandar juga dilihat makin mencabar daya ketahanan individu untuk bertahan sehingga akhir bulan. Walau apa pun, pengurusan kewangan dan kredit perlu dijadikan keutamaan setiap individu supaya kita tak menambah hutang dimasa akan datang. Hidup bebas hutang. Adakah anda tinggal di bandar dan berpendapatan kurang RM4500? Adakah anda juga terkesan dengan kos hidup kini? Kongsikan. -CARI Infonet. |
33
Bagus |
39
Marah |
34
Terkejut |
22
Sedih |
27
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 replied at 24-10-2015 08:54 AM
Rm 100 je bagi kat isteri... Apa punya laki la. Malang bini tu dpt laki cenggini, tahu nk buat anak ...
dino replied at 24-10-2015 11:51 AM
kan laki tanggung semua dah tuh....
revolusi_30 replied at 24-10-2015 12:09 PM
Alahai. Patut anak tu Boleh potong kot. Pakai kondom la dulu. Jimat rm 600
ADVERTISEMENT